Sukan SEA 2015

Images

PM Lee beri sokongan kepada pesilat negara

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama isterinya, Ho Ching, menyaksikan pertandingan pencak silat petang tadi untuk memberi sokongan kepada para peserta negara.

Abdul Raaziq Abdul Rashid membuka tirai pada hari ketiga pencak silat Sukan SEA dengan menentang Pornteb Poolkaew dari Thailand.

Meskipun berbekalkan semangat yang jitu, Abdul Raaziq rebah di tangan pesaingnya yang berjaya membaca gerak-gerinya sepanjang perlawanan, dengan keputusan 0-5.

Bagi acara tanding Kategori 'D' Wanita pula, srikandi negara Nurul Suhaila Mohd Saiful mara ke separuh akhir setelah berjaya menumbangkan jaguh Thailand, Supparat Keawkaew.


Suhaila yang meraih pingat perak dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia awal tahun ini, menang 5-0.

"Saya tidak boleh memberi 100 peratus, kerana saya menghidapi flu. Tetapi untuk peringkat separuh akhir nanti, saya berharap saya akan sembuh, terus memberi 100 peratus dan berjuang hingga ke peringkat akhir nanti," ujar Suhaila. 

- BERITAMediaCorp/nd

Top