Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jurulatih Singa Muda, Aide Iskandar letak jawatan

Jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun Singapura, Aide Iskandar meletak jawatan selepas pasukan negara tewas 0-1 di tangan Indonesia di Stadium Jalan Besar malam ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih Singa Muda, Aide Iskandar letak jawatan

Jurulatih Singapura Aide Iskandar meletak jawatan. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 11 Jun 2015 11:16PM Dikemas Kini : 12 Jun 2015 12:06AM

SINGAPURA: Jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun Singapura, Aide Iskandar meletak jawatan selepas pasukan negara tewas 0-1 di tangan Indonesia di Stadium Jalan Besar malam ini.

Ini bermakna pasukan negara gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bagi pertandingan bola sepak Sukan SEA.

Impian Singapura untuk meraih pingat emasnya yang pertama dalam bola sepak Sukan SEA juga terkubur dengan kekalahan ini.

Dalam sidang media yang diadakan sejurus selepas perlawanan tamat, Aide berkata: "Saya sudah letak jawatan. Saya pun sudah beritahu para pemain. Mereka masih muda, mereka perlu teruskan perjuangan mereka."

Menurut Aide lagi: "Sudah tiba masanya untuk saya luangkan masa bersama keluarga, mereka sudah terlalu lama menunggu saya."

Bekas kapten pasukan negara itu sudah tiga kali menjulang trofi Kejohanan Bola Sepak ASEAN.

Menyusuli pengumuman Aide untuk meletak jawatan, Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura, Zainudin Nordin berharap beliau akan menarik balik keputusan itu.

"Saya faham kenapa Aide mengambil keputusan itu. Saya berharap selepas beberapa hari beristirahat, kita boleh berbincang dengan Aide dan pujuk beliau untuk ubah keputusannya itu," kata Encik Zainudin menerusi kenyataan yang dikeluarkan malam ini.

"Tak kira apa saja prestasi pasukan negara, Aide tetap seorang jurulatih yang baik. Beliau mempunyai masa depan yang cerah."

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan