Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Dengan 60 emas, S'pura terus unggul No 1 dalam pungutan pingat

Kontinjen Singapura terus mempamerkan keunggulannya dan mengekalkan kedudukan tangga teratas dalam senarai pungutan pingat, di kalangan 11 negara yang bertanding.

Anggaran Waktu Membaca:
Dengan 60 emas, S'pura terus unggul No 1 dalam pungutan pingat
Diterbitkan : 10 Jun 2015 10:12PM Dikemas Kini : 10 Jun 2015 10:15PM

SINGAPURA: Kontinjen Singapura terus mempamerkan keunggulannya dan mengekalkan kedudukan tangga teratas dalam senarai pungutan pingat, di kalangan 11 negara yang bertanding.

Sehingga jam 10.00 malam tadi, para atlit Singapura berjaya menyeberangi satu lagi mercu tanda, iaitu mengutip 60 pingat emas, selain 51 perak dan 64 pingat gangsa.

Sasaran Singapura sebelum ini hanyalah 50 pingat emas. Ini memandangkan Singapura juga menyambut ulangtahunnya yang ke 50.

Jika diamati lebih lanjut, sebenarnya Singapura di hadapan dalam semua kategori pungutan pingat, dari segi Emas, Perak atau Gangsa. Malah dari segi jumlah pingat keseluruhan.

Singapura kini menggenggam 175 pingat, dengan Vietnam yang mengutip 115 pingat, iaitu jumlah kedua tertinggi.

Vietnam dan Thailand terus bersaing hebat di tangga kedua dan ketiga. Vietnam mengutip 48 pingat emas dan Thailand pula 45 emas.

Malaysia agak jauh ketinggalan berbanding Singapura dengan 27 pingat emas, dan kini berada di tangga keempat.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan