Sukan SEA 2015

Images
  • seagames closing
    Para sukarelawan di acara penutup Sukan SEA ke-28. (GAMBAR: Goh Chiew Tong)

Acara penutup Sukan SEA ke-28 penuh gah

SINGAPURA: Presiden Tony Tan Keng Yam dengan rasmi menutup Sukan SEA ke-28 yang diadakan selama 18 hari di Singapura.

Team Singapore menamatkan sukan temasya itu dengan jumlah rekod pingat, iaitu 84 emas, 73 perak dan 102 gangsa.

Kontinjen Singapura juga berjaya menyumbang 25 rekod Sukan SEA, 29 rekod kebangsaan, dan 74 masa peribadi terbaik.

Upacara penutup temasya sukan itu yang bertemakan Sambutan dan Persahabatan, diadakan dengan penuh gilang-gemilang semalam.

Acara dimulakan dengan merangkumkan detik-detik bersejarah Sukan SEA yang dipaparkan melaui sebuah video.

Ini diikuti dengan perarakan para atlit, dan penghargaan kepada ribuan sukarelawan yang telah menyokong acara sukan itu.

Di akhirnya, satu upacara simbolik diadakan untuk menyerahkan bendera Sukan SEA kepada tuan rumah Sukan SEA 2017, iaitu Malaysia. 

- CNA/ag

Top