Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 dalam 3 orang di Singapura tonton aksi Sukan SEA melalui platform MediaCorp

Jumlah tontonan untuk keseluruhan siaran Sukan SEA ke-28 di saluran-saluran MediaCorp mencecah 3.3 juta penonton di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
2 dalam 3 orang di Singapura tonton aksi Sukan SEA melalui platform MediaCorp

Acara penutup Sukan SEA pada 16 Jun, 2015. (Gambar: Jack Board)

Diterbitkan : 23 Jun 2015 11:53AM Dikemas Kini : 23 Jun 2015 11:58AM

SINGAPURA: Jumlah tontonan untuk keseluruhan siaran Sukan SEA ke-28 di saluran-saluran MediaCorp - okto, Saluran 5 dan Saluran U - mencecah 3.3 juta penonton di Singapura, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada hari Isnin (Jun 22).

64% daripada jumlah itu adalah mereka yang berusia empat tahun dan ke atas di Singapura.

Lebih 800 jam aksi sukan disiarkan secara langsung, menjadikannya liputan paling meluas bagi acara sukan di Singapura.

Menurut MediaCorp, yang merupakan penyiar tuan rumah Sukan SEA ke-28, lebih dua juta penonton menyaksikan Upacara Perasmian dan Penutup di saluran okto dan Saluran 5.

Kedua-dua upacara itu juga disiarkan secara langsung di skrin-skrin MediaCorp yang terletak di Junction 8, JCube, Orchard Gateway, Westgate, Bugis dan Star Vista.

Selain itu, lebih 1.5 juta penonton mengikuti sorotan kemuncak harian 'Daily Higlights' dan 'Today At the Games'.

Toggle, khidmat video internet 'over-the-top' MediaCorp yang menawarkan 12 aliran secara langsung bagi acara sukan dan video 'catch-up', meraih kenaikan 21% dalam bentuk jumlah trafik.

Secara keseluruhan, bilik-bilik berita TV, akhbar dan radio mengirimkan lebih 1,000 tweets, 700 catitan di Facebook dan 500 video mengenai temasya sukan itu, memberi maklumat terkini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MediaCorp, Chang Long Jong berkata: "Kami gembira kerana liputan kami untuk Sukan SEA menyatukan begitu ramai rakyat."

"Kami menerima jumlah rekod penonton menikmati Sukan SEA secara langsung dan menyokong Team Singapore, bukan sahaja melalui saluran percuma kami, tetapi juga melalui Toggle. Ramai penonton juga terlibat secara aktif melalui platform media sosial kami yang menyediakan pelbagai maklumat dan klip video terkini," tambah Encik Chang.  

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan