Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Reaksi pengunjung di Istana, pekerja SGH mengenai S R Nathan

Ramai datang untuk menurunkan kata-kata penghargaan mereka kerana tersentuh dengan dedikasi mendiang kepada negara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Papan-papan takziah disediakan di Istana bagi orang ramai menulis penghargaan mereka buat mendiang S R Nathan.

Buku takziah juga disediakan di Hospital Besar Singapura (SGH) di mana Encik Nathan dirawat sejak 31 Julai lalu, selepas mengalami serangan angin ahmar.

Ramai datang untuk menurunkan kata-kata penghargaan mereka kerana tersentuh dengan dedikasi mendiang kepada negara.

Antaranya Cik Hadijah Mohd yang bertugas di klinik penyakit sendi.

"Presiden SR Nathan, beliau begitu gigih dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan masyarakat Melayu selalu mengingati beliau sebagai seorang yang baik hati dan suka membantu," kata beliau.

Orang ramai juga berpusu-pusu ke Istana, ada yang datang sebelum subuh lagi untuk mengenang jasa dan sumbangan Presiden keenam dan yang paling lama berkhidmat di negara ini.

Seorang belia yang ditemui di perkarangan Istana berkata: "Kami amat bersyukur kerana beliau telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan memberikan sumbangannya kepada negara."

"Walaupun saya sedang tunggu hari untuk bersalin, tetapi saya cekalkan hati untuk datang ke sini walaupun dari Woodlands sampai ke sini. Sebab pada saya ini adalah satu-satunya yang saya boleh lakukan untuk kali terakhir untuk presiden kita, presiden S R Nathan," kata seorang lagi pengunjung.

Seorang pengunjung yang pernah bekerja dengan mendiang turut berkongsi: "Saya bekerja dengan dia selama 11 tahun, satu itu sahaja pertemuan yang saya dapat dengan beliau, bertentang mata. Beliau kata percaya diri, 'you can do it'."

Suasana di sana amat tenang sekali. Orang ramai datang dari pelbagai latar belakang untuk memberikan ucapan takziah mereka kepada Presiden keenam Encik S R Nathan.

Wartawan kami juga membaca beberapa ucapan daripada orang ramai yang datang di papan takziah.

Kebanyakan mereka mengatakan bahawa mereka amat berterima kasih atas sumbangan Encik S R Nathan membangunkan Singapura.

Selain ucapan, orang ramai juga membawa kuntuman bunga sebagai tanda penghormatan kepada Encik S R Nathan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan