Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengawal Khas dikerahkan bagi upacara penghormatan terakhir S R Nathan

Jenazah mantan Presiden S R Nathan akan dibawa ke Bangunan Parlimen esok (25 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengawal Khas dikerahkan bagi upacara penghormatan terakhir S R Nathan

Mantan Presiden SR Nathan. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 24 Aug 2016 06:05PM Dikemas Kini : 24 Aug 2016 06:08PM

SINGAPURA: Jenazah mantan Presiden S R Nathan akan dibawa ke Bangunan Parlimen esok (25 Ogos).

Demikian menurut Jawatankuasa Penganjur Upacara Persemadian Negara.

Pada pukul 8.45 pagi, kereta jenazah privet yang membawa keranda akan melakukan perjalanan dari rumah mendiang Encik Nathan di Ceylon Road ke Bangunan Parlimen dan disambut oleh Speaker Parlimen Halimah Yacob.

Sembilan pegawai daripada angkatan tentera, tentera laut, tentera udara dan pasukan polis akan mengusung jenazah mendiang ke dalam Bangunan Parlimen.

Bendera negara kemudian akan diletakkan di atas keranda di depan keluarga Encik Nathan.

Menurut jawatankuasa tersebut, meletakkan bendera negara di atas keranda merupakan penghormatan tertinggi diberikan kepada seseorang pemimpin.

Bendera diletakkan di atas keranda dengan bulan sabit dan lima bintang berada di bahagian kepala dan dekat dengan bahagian jantung.

Pingat-pingat yang melambangkan pencapaian Encik Nathan juga akan dipamerkan.

Pengawal jenazah khas buat mendiang Encik S R Nathan juga dikerahkan sebagai tanda hormat.

Mereka adalah empat pegawai seragam yang berdiri di setiap sudut dengan kepala mereka menunduk, membelakangkan keranda dan pedang diterbalikkan.

Pengawal jenazah yang akan dipimpin oleh seorang pegawai kanan yang berdiri di bahagian kepala keranda, adalah para pegawai angkatan tentera, tentera laut, tentera udara dan pasukan polis.

Presiden Tony Tan Keng Yam dan isterinya akan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Nathan.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir mereka di Bangunan Parlimen dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 10.00 malam esok (25 Ogos).

Mereka boleh memasuki Bangunan Parlimen dari Padang menerusi St Andrew Road dari Stesen MRT City Hall, menurut jawatankuasa itu.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan