Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wang Kertas Khas SG50: Orang ramai mula beratur beberapa jam sebelum bank dibuka

Beberapa jam sebelum bank-bank dibuka, orang ramai sudah mula beratur di luar cawangan-cawangan bank bagi pelancaran wang sempena SG50 pada pagi Khamis (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Wang Kertas Khas SG50: Orang ramai mula beratur beberapa jam sebelum bank dibuka

Barisan yang panjang untuk mendapatkan wang kertas khas SG50 di POSB Tampines sebelum cawangan bank itu buka. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 20 Aug 2015 12:40PM Dikemas Kini : 20 Aug 2015 07:17PM

 SINGAPURA: Beberapa jam sebelum bank-bank dibuka pagi tadi, orang ramai sudah mula beratur untuk mendapatkan wang kertas yang dihasilkan sempena sambutan SG50.

Pada pukul 8 pagi, sekitar 50 orang beratur di luar cawangan POSB di Tampines dan sekitar 30 orang di cawangan DBS yang terletak berdekatan.

Orang ramai sudah mula beratur di luar cawangan-cawangan POSB dan DBS itu sejak pukul 6 pagi.

Antara yang beratur di luar cawangan DBS itu ialah Cik Janet Yap, 59 tahun yang mahukan wang kertas itu kerana Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew dipaparkan pada salah satu wang kertas itu.

"Kami bimbang jika bank akan kehabisan wang kertas itu, jadi kami mahu menukar 5 set wang kertas untuk keluarga kami. Kami mahukan wang kertas itu kerana ia paparkan mendiang Encik Lee Kuan Yew," katanya.

Cik Annie Ng, 65 tahun pula berkata beliau hanya perlu menunggu sekitar 30 minit sebelum mendapatkan wang kertas itu. "Mereka memberi keutamaan kepada kami dengan memberikan nombor menunggu, jadi kami tidak perlu tunggu lama," jelas Cik Ng.

Elaine Ong, 34 tahun pula berkata, "apa yang penting ialah wang kertas $50 yang memaparkan Encik Lee Kuan Yew."

"Beliau merupakan pengasas Singapura dan saya rasa, tanpanya, Singapura tidak akan menjadi sebuah negara yang berjaya sehingga ke hari ini," jelasnya. "Ada banyak negara yang mencapai kemerdekaan sebelum kita tetapi kami berjaya memperoleh lebih banyak kejayaan."

Pada hari Selasa, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendedahkan set wang kertas khas sempena sambutan Jubli Emas Singapura, termasuk wang kertas polimer S$50 dan lima reka bentuk berbeza bagi S$10.

Bermula hari ini (20 Ogos), orang ramai boleh mendapatkan wang kertas khas sempena SG50 di sembilan syarikat bank berbeza - DBS/POSB, OCBC, UOB, Citibank, Standard Chartered Bank, Bank of China, HSBC, Malayan Banking Berhad dan Commercial Bank of China.

"Mulai 1 Oktober, warga asing juga boleh mendapatkan set wang kertas khas SG50," kata MAS.

Untuk memastikan orang ramai berpeluang mendapatkan set wang kertas SG50 itu, kuota 5 set setiap seorang akan dikenakan.

Rakyat Singapura akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan wang kertas itu, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Bersama tiga syiling yang dilancarkan pada April tahun ini, wang kertas itu akan melengkapi set keluaran khas sempena SG50 yang dikeluarkan oleh MAS sempena meraikan kemerdekaan negara.

UOB dan DBS/POSB menyatakan pihak mereka akan melanjutkan waktu operasi bank dan menyediakan tempat beratur untuk mereka yang ingin mendapatkan wang kertas SG50 itu.

Kedua-dua bank itu juga akan menyediakan bantuan khas bagi warga emas yang memerlukan . 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan