Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Set wang kertas khas sempena sambutan SG50 didedahkan

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendedahkan satu set wang kertas khas sempena sambutan SG50 hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Aug 2015 06:12PM Dikemas Kini : 18 Aug 2015 09:49PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendedahkan satu set wang kertas khas sempena sambutan SG50 hari ini.

Set itu terdiri daripada wang kertas polimer $10 dan $50.

Wang kertas tersebut direka khas bagi menggambarkan pencapaian serta sejarah mpembangunan Singapura, ciri-ciri sebuah negara yang berbilang bangsa, serta nilai-nilai dan aspirasi yang menjadi asas kemajuan Singapura.

Misalnya, pada duit kertas 50 dolar, rekaannya menceritakan sejarah Singapura, perubahan dan masa depan negara, dengan gambar mendiang Perdana Menteri pertama Singapura Encik Lee Kuan Yew serta perjuangan bagi mencapai kemerdekaan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, duit-duit kertas khas itu mencerminkan tanggungjawap Singapura dalam menyanjung warisan golongan perintis serta visi untuk menjadikan Singapura sebagai sebuah kediaman yang terbaik untuk seluruh rakyatnya.

(Photo: MAS)
Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan