Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat Singapura di seluruh dunia raikan SG50

Mereka sama-sama meraikan Hari Kebangsaan Singapura, meskipun berada beribu-ribu kilometer jauh dari tanah air.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Singapura di seluruh dunia raikan SG50

Kedutaan Singapura di Washington meraikan SG0 dengan satu pesta. (Gambar: Kedutaan Singapura di Washington DC)

Diterbitkan : 11 Aug 2015 12:46PM Dikemas Kini : 11 Aug 2015 12:52PM

SINGAPURA: Mereka sama-sama meraikan Hari Kebangsaan Singapura, meskipun berada beribu-ribu kilometer jauh dari tanah air.

Ada pula yang menikmati makanan pusat penjaja sementara yang lain menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan. Malah, sekitar 13,000 daripada mereka turut menerima beg cenderahati NDP.

Rakyat Singapura yang berada di luar negara menyertai sambutan Jubli Emas negara menerusi lebih 60 acara sambutan di seluruh dunia. Acara-acara itu bermula sejak seawal Jun ini, manakala bakinya diadakan sepanjang bulan ini.

Di Bangkok, Kedutaan Singapura mengadakan satu majlis jamuan pada malam Ahad lalu (9 Ogos). Lebih 150 rakyat Singapura, termasuk pelancong, hadir untuk menyaksikan NDP secara langsung dan menikmati jamuan bufet, yang termasuk hidangan laksa, Hokkien mee serta kek gergasi SG50.

Kelab Singapura dan Malaysia San Diego, Amerika Syarikat, pada 9 Ogos juga meraikan Hari Kebangsaan dengan menganjurkan pesta makanan pusat penjaja untuk mempamerkan kepelbagaian budaya di Singapura dan Malaysia.

Sekitar 350 peserta hadir di Pusat Rekreasi Admiral Baker di San Diego dan menikmati hidangan kari, char kway teow dan hidangan lain, menurut laman Facebook Overseas Singaporean Liaison US.

Konsul Besar Singapura di San Francisco, Encik Christopher Cheang, dan Konsul Agung Malaysia di Los Angeles, Encik Raja S Ridzuwan, juga hadir di acara itu.

Di London, lebih 100 rakyat Singapura bersama keluarga dan rakan-rakan mereka menyaksikan NDP pada hari Isnin, menurut Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD).

Rakyat Singapura di Jerman pula berhimpun di Munich pada bulan lalu, untuk sesi makan-makan di sebuah taman, dan turut melafazkan ikrar negara.

Warga Singapura di Australia juga meraikan SG50 dengan pelbagai cara.

Di Melbourne, 30 keluarga mengadakan acara potluck, sementara persatuan pelajar, Singaporeans of Victoria, akan mengadakan Golden Jubilee Ball untuk lebih 600 tetamu, pada Ahad ini.

Satu lagi insiatif untuk meraikan Jubli Emas Singapura ialah buku yang mendokumentasikan kisah 30 warga Singapura di Amerika Syarikat. Ia merupakan usaha sama Lim Ai Lin, yang berpangkalan di Seattle, dan pasukannya.

Buku bertajuk 'What I Miss About Singapore From USA' itu akan dilancarkan pada 23 Ogos ini. 

Sumber : Today/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan