Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura perlu contohi semangat juang Lee Kuan Yew

Dalam ucapannya di Upacara Memperingati Hari Kebangsaan yang diadakan di Tampines Central, Encik Heng menyeru kepada seluruh rakyat supaya mencontohi semangat waja yang dimiliki mendiang Encik Lee Kuan Yew dan generasi perintis dalam membangunkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura perlu contohi semangat juang Lee Kuan Yew

Encik Heng Swee Keat di Upacara Memperingati Hari Kebangsaan di GRC Tampines. (Gambar: CNA/Hoe Yeen Nie)

Diterbitkan : 09 Aug 2015 06:18PM Dikemas Kini : 09 Aug 2015 06:57PM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Heng Swee Keat menyeru kepada seluruh rakyat Singapura supaya mengambil iktibar dari semangat juang mendiang Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew dan golongan generasi perintis.

Encik Heng berkata demikian di Upacara Memperingati Hari Kebangsaan yang diadakan di Tampines Central pada pagi tadi (9 Ogos) bagi meraikan ulang tahun ke-50 negara.

Encik Heng juga turut serta dalam memperingati Perisytiharan Kemerdekaan Singapura dan menyanyikan Lagu Kebangsaan dan melafazkan Ikrar Negara pada pukul 9 pagi tadi.

Dalam ucapannya yang disampaikan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris, Encik Heng menyeru kepada seluruh rakyat supaya mencontohi semangat waja yang dimiliki mendiang Encik Lee Kuan Yew dan generasi perintis dalam membangunkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama.

Encik Heng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peneraju SG50 turut menarik perhatian bahawa perbarisan tahun ini sungguh istimewa kerana ia menandakan satu detik yang bersejarah bagi Singapura, sedang negara ini meraikan Jubli Emasnya.

Seorang penduduk Tampines, Ummu Kultsuum berkata: "Saya memberitahu ibu saya yang saya ingin datang ke acara ini kerana ia sangat istimewa untuk saya. Saya ingin tunjukkan kasih sayang saya kepada Singapura dan saya sangat bangga dengan Singapura."

PENGHARGAAN KHAS DARI GRC TAMPINES UNTUK LEE KUAN YEW

Para AP GRC Tampines juga mendedahkan satu penghargaan khas untuk Encik Lee Kuan Yew iaitu dalam bentuk batas bunga Muraraya Paniculata. Tapak batas bunga itu ditempatkan di lokasi di mana para penduduk meletakkan jambangan bunga bagi memperingati pemergian Encik Lee. Terdapat juga dua pasu bunga Fiddlewood yang didermakan oleh pihak Istana.

Di acara yang sama, Encik Heng melancarkan pameran "Living the Singapore Story" yang meraikan pencapaian Singapura sepanjang 50 tahun lalu.

Turut hadir ialah Desmond Choo dan Cheng Li Hui yang disebut-sebut sebagai calon PAP di GRC Tampines bagi Pilihan Raya Umum akan datang. 

Upacara itu merupakan kali terakhir Encik Mah Bow Tan dan Cik Irene Ng menghadiri sebagai anggota Parlimen.

Baru-baru ini, mereka telah mengumumkan persaraan daripada bidang politik.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan