Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para diplomat mengadakan bazar amal SG50

Sekurang-kurangnya 42 perwakilan diplomatik dan konsular di Singapura mengadakan bazar amal diplomatik yang pertama di negara ini, di Hotel Shangri-La hari ini (24 Oktober).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Oct 2015 04:46PM Dikemas Kini : 24 Oct 2015 08:29PM

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 42 perwakilan diplomatik dan konsular di Singapura mengadakan bazar amal diplomatik yang pertama di negara ini, di Hotel Shangri-La hari ini (24 Oktober).

Acara itu juga diadakan bagi meraikan ulang tahun Singapura yang ke-50.

Bazar itu dibuka kepada orang ramai dan para pengunjung boleh membeli pelbagai jamuan dan produk antarabangsa seperti kopi dari Colombia, baklava dari Turki, batik dari Indonesia dan makanan laut Norwegian.

Duta Indonesia ke Singapura, Andi Hadi berkata: "Ini merupakan rasa terima kasih daripada perbadanan diplomatik kepada rakyat Singapura yang menerima teman-teman masyarakat diplomatik dengan baik, dengan ramah, dan kita merasa sangat seronok tinggal di Singapura dan rata-rata diplomat mendapat kemudahan yang baik sekali dan kerjasama yang baik dari semua pihak di Singapura."

Bazar itu juga mempamerkan pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian "Dances of the Four Regions" dari Thailand dan aksi capoeira dari Brazil. 

Berucap di bazar amal itu, tetamu terhormat Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata, penglibatan pelbagai kedutaan dan suruhanjaya menunjukkan bahawa kedudukan Singapura disambut baik di persada antarabangsa, meskipun Singapura sebuah negara yang kecil.

Dr Balakrishnan menambah, dengan menganjurkan acara sedemikian, ia menunjukkan bahawa para diplomat asing juga menghargai hubungan mereka dengan rakyat Singapura serta antara satu sama lain.

Hasil dari bazar itu akan disalurkan kepada dua badan amal, iaitu Persatuan Kanak-Kanak Singapura dan Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan