Skip to main content

Iklan

Iklan

#NDP2015 pecahkan rekod bagi jumlah tweet tertinggi di S'pura

Para pengguna Twitter memecahkan rekod kiriman tweet di Singapura dengan menghantar lebih 230,000 kiriman tweet mengenai NDP2015.

Anggaran Waktu Membaca:
#NDP2015 pecahkan rekod bagi jumlah tweet tertinggi di S'pura

Para penonton di raptai Perbarisan Hari Kebangsaan. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 11 Aug 2015 10:49AM Dikemas Kini : 11 Aug 2015 11:17AM

SINGAPURA: Para pengguna Twitter memecahkan rekod kiriman tweet bagi acara satu hari di Singapura dengan menghantar lebih 230,000 kiriman tweet mengenai Perbarisan Hari Kebangsaan pada hari Ahad (9 Ogos) termasuk kiriman yang membubuhkan hashtag  #NDP2015.

Kiriman tweet itu juga termasuk perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Perbarisan Hari Kebangsaan seperti #SG50, Majulah Singapura dan Jubli Emas serta Encik Lee Kuan Yew, Encik Lee Hsien Loong, dan persembahan di NDP termasuk penyanyi Kit Chan dan JJ Lin.

Jumlah kiriman tweet itu dua kali lebih tinggi berbanding rekod yang dipegang oleh kumpulan One Direction semasa mengadakan konsert di sini pada 11 Mac, dengan kiriman tweet melebihi 100,000 mengenai acara tersebut.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Twitter pada hari Isnin (10 Ogos), sebanyak 570 tweet dikirimkan setiap minit apabila Perbarisan menghampiri pukul 8.30 malam, dengan acara kemuncak merupakan pertunjukan bunga api yang paling hebat dan gah dalam sejarah NDP.

Sambutan Jubli Emas menyaksikan lebih 26,000 orang berhimpun di Padang di mana Perbarisan Hari Kebangsaan diadakan buat pertama kali pada 1966. Beribu-ribu lagi berhimpun di kawasan-kawasan seperti Bendungan Marina dan Marina Bay.

Berikut adalah sebahagian daripada kiriman tweet yang paling banyak dikongsi sempena sambutan NDP 2015.

This is the scene I missed most from all the guns salute. #NDP2015 #sg50 #LKY pic.twitter.com/m3yiSeAK6B

— jeffcheong (@jeffcheong) August 9, 2015

Today, we celebrate 50 yrs of independence. Majulah Singapura! – LHL #SG50 http://t.co/cFSoSqnZBC pic.twitter.com/3YZDhJhOEJ

— Lee Hsien Loong (@leehsienloong) August 9, 2015

A moment we'll never forget. #SG50 pic.twitter.com/qdzRvySOOs

— The Sam Willows (@theSamWillows) August 9, 2015

Happy 50th birthday Singapore! #pride #SG50 #Singapore pic.twitter.com/3Fp3SZ61Nk

— Yafiq Yusman (@Yaphickleminded) August 8, 2015

Shoutout to all the 90s kids who lived through the minor or drastic changes in Singapore. #SG50 pic.twitter.com/fNBXBld0fX

— Ray (@RaymanMcQueen) August 9, 2015

Happy 50th Birthday, Singapore! #ImHereCos #SG50 pic.twitter.com/dazk1rv79K

— SG50 (@SG50) August 9, 2015

What a spectacular parade! Thank you all performers & everyone else who have made #NDP2015 possible! #ImHereCos #SG50 pic.twitter.com/bstcqMzoYD

— SG50 (@SG50) August 9, 2015
Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan