Skip to main content

Iklan

Iklan

Lebih 90 penunggang motosikal M'sia, S'pura & Indonesia sertai kembara raikan kemerdekaan

'Kembara Merdeka 3 Negara 2015' dianjurkan oleh kelab Harley Davidson dari Singapura sempena bulan kemerdekaan Singapura pada 9 Ogos, Indonesia (17 Ogos) dan Malaysia pada 31 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 90 penunggang motosikal M'sia, S'pura & Indonesia sertai kembara raikan kemerdekaan

Para peserta 'Kembara Merdeka 3 Negara 2015' bersama Prof Madya Muhd Faishal Ibrahim. (Gambar: Facebook/Prof Madya Muhd Faishal Ibrahim)

Diterbitkan : 24 Aug 2015 09:59AM Dikemas Kini : 24 Aug 2015 10:06AM

SINGAPURA: Lebih 90 penunggang motosikal Harley Davidson dan Honda Goldwings dari Malaysia, Singapura dan Indonesia mengikuti kembara bagi meraikan serentak sambutan kemerdekaan tiga negara jiran ASEAN.

'Kembara Merdeka 3 Negara 2015' dianjurkan oleh kelab Harley Davidson dari Singapura pada hari Ahad (23 Ogos).

Kembara itu diadakan sempena bulan kemerdekaan tiga negara tersebut iaitu Singapura pada 9 Ogos, Indonesia (17 Ogos) dan Malaysia pada 31 Ogos.

Peserta konvoi tersebut, yang bermula dari Kedutaan Indonesia di Singapura, dilepaskan oleh Menteri Luar Singapura, K Shanmugam.

Konvoi tersebut mengunjungi beberapa tempat sejarah dan lokasi ikonik seperti Esplanade, MacDonald House sebelum mengakhiri kembara di Agrobazaar.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Kamsiah Kamaruddin, berkata acara itu melambangkan perpaduan antara rakyat dalam kalangan negara jiran di ASEAN.

"Ini adalah selaras dengan objektif ke arah membentuk Komuniti ASEAN," katanya kepada Bernama selepas Malaysia Agrobazaar menghoskan jamuan tengah hari untuk peserta kembara di Sultan Gate.

Sumber : Bernama/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan