Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kolej Tengah ITE catat rekod bagi jumlah peserta terbanyak melukis pada satu masa

Satu rekod baru dicatat oleh para pelajar Kolej Tengah ITE, siang tadi. Ia bagi jumlah orang terbanyak dalam aktiviti melukis pada satu-satu masa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Aug 2015 09:00PM Dikemas Kini : 25 Aug 2015 10:22PM

SINGAPURA: Satu rekod baru dicatat oleh para pelajar Kolej Tengah ITE, siang tadi (25 Ogos).

Ia bagi jumlah orang terbanyak dalam aktiviti melukis pada satu-satu masa.

Lebih 1,500 pelajar menyertai acara 'Mass Art Jam' yang dianjurkan buat pertama kali, di mana seni digunakan sebagai wadah meraikan SG50.

Menerusi lukisan pada kanvas, setiap pelajar menggambarkan tanggapan mereka mengenai Singapura serta harapan dan impian untuk negara pada masa depan.

Menteri Luar merangkap Menteri Undang-undang, K Shanmugam juga menyertai para pelajar dalam sesi perbincangan berkumpulan bagi meneroka isu-isu seperti perumahan dan Perkhidmatan Negara.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan