"Keajaiban Ekonomi Singapura" paparkan 50 kejadian bentuk ekonomi negara
Bertajuk "Keajaiban Ekonomi Singapura"- sebuah pameran memaparkan transformasi ekonomi negara daripada sebuah pelabuhan yang mundur kepada ekonomi berkembang pesat sekarang.
SINGAPURA: Bertajuk "Keajaiban Ekonomi Singapura"- sebuah pameran memaparkan transformasi ekonomi negara daripada sebuah pelabuhan yang mundur kepada ekonomi berkembang pesat sekarang.
Ia merupakan sebahagian inisiatif Jawatankuasa Antarabangsa Ekonomi SG50.
Pameran itu akan membawa para pengunjung menyusuri 50 kejadian yang membentuk ekonomi Singapura dari 1960-an hingga kurun ke-21.
Ia juga memaparkan sebanyak 50 jenama tempatan dan antarabangsa yang berjaya membawa perbezaan kepada negara.
Selain itu, ia turut menceritakan pembangunan negara melalui kacamata para pengusaha dan pekerja.
Melancarkan pameran hari ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Tan Chuan-Jin, menekankan pertumbuhan ekonomi mencerminkan pembangunan negara secara keseluruhan.
Pameran tersebut akan berlangsung sehingga 19 Ogos ini di VivoCity, dari 21 hingga 30 Ogos di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, dan mulai 4 hingga 13 September di Capitol Piazza.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.