Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: PM Lee puji Mendaki kerana terajui SG50 Kita, galak badan bantu diri lain turut serta

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, Singapura meraikan SG50 kerana ia berjaya membina sebuah rakyat yang bersatu-padu walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan pada awal pembangunannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2015 07:32PM Dikemas Kini : 12 Aug 2015 09:47PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, Singapura meraikan SG50 kerana ia berjaya membina sebuah rakyat yang bersatu-padu walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan pada awal pembangunannya.

Beliau berucap di NDO Kita, iaitu upacara memperingati Hari Kebangsaan yang julung-julung kalinya dianjurkan secara bergabung oleh Jawatankuasa SG50Kita bersama sekitar 30 pertubuhan berbilang kaum.

Perdana Menteri menekankan, asas kewujudan Singapura adalah untuk membina sebuah masyarakat yang berbilang bangsa dengan setiap warga mempunyai peluang sama rata, tidak kira bangsa, bahasa atau agama mereka.

Singapura katanya makmur apabila setiap rakyat berjaya dan sama-sama meraikannya.

Sekitar 1,500 orang memeriahkan acara yang diadakan di ITE College Central, yang dimuatkan dengan pelbagai persembahan dari bakat-bakat muda tempatan.

Antaranya ialah persembahan biola solo oleh Maya Raisha Zainudin dan nyanyian lagu-lagu hari kebangsaan oleh Shabbir Tabare Alam, yang menyemarakkan lagi suasana SG50.

Ikuti ucapan penuh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam laporan Berita Ekstra ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan