Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

‘Tanglung Ramadan’ ini setinggi 15 tingkat! Malah boleh kumandangkan ayat-ayat Al Quran

Sepanjang 50 meter atau setinggi 15 tingkat. Jika tekaan anda bagi ukuran itu merujuk kepada sebuah bangunan, anda silap sama sekali. Inilah ukuran bagi tanglung terpanjang sempena bulan Ramadan ini!

Anggaran Waktu Membaca:
‘Tanglung Ramadan’ ini setinggi 15 tingkat! Malah boleh kumandangkan ayat-ayat Al Quran

(Gambar: Petikan skrin dari video)

Diterbitkan : 23 May 2018 10:07PM Dikemas Kini : 23 May 2018 10:12PM

BAKUS: Sepanjang 50 meter atau setinggi 15 tingkat. Jika tekaan anda bagi ukuran itu merujuk kepada sebuah bangunan, anda silap sama sekali. Inilah ukuran bagi tanglung terpanjang sempena bulan Ramadan ini!

Terapung-apung di ruang udara Cinema Laila Street di Iskandariah, Mesir, tidak hairanlah jika tanglung tertinggi itu menjadi tumpuan para pejalan kaki dan pengunjung yang mahu memetik gambar. Malah, pemandangan itu juga mendorong sebilangan penggemar menggesa agar ia dimasukkan ke dalam Buku Rekod Guinness.

Encik Ahmed Al-Hajo, pemuda di sebalik konsep berkenaan memberitahu Al Arabiya bahawa idea itu sudah terlintas di fikirannya sejak beberapa tahun lalu. Beliau gemar pada hiasan bulan Ramadan sejak zaman belianya dan juga membeli tanglung serta menyiapkan hiasan elektrik sempena bulan suci ini.

Malah, beliau bercadang mempersiapkan tanglung terbesar di Mesir itu tahun lalu, bagi membawa keceriaan kepada kanak-kanak dan untuk menyambut bulan mulia itu.

Beliau sudahpun memasang tanglung dengan sekitar 100 bal lampu itu tahun lalu. Malah, lampu-lampu itu juga dibekalkan dengan kuasa elektrik dari rumahnya sendiri!

Menurut Al Arabiya, beliau juga menggunakan besi dan wayar, dan memasang tanglung itu di tengah-tengah bangunannya dan bangunan bertentangan.

Bahkan, beliau turut memasang alat pembesar audio yang memainkan surah Al-Quran dari waktu Asar hingga tamatnya solat terawih semasa bulan suci ini, sambil menyelitkan beberapa lagu Ramadan.

Pada waktu sahur pula, ‘Fanoos’ itu akan memainkan doa serta ayat suci Al-Quran, seperti ditukil Al Arabiya.

Encik Ahmed berkata bahawa beliau mengendalikan tanglung itu pada Ramadan lalu buat pertama kalinya. Tanglung tersebut juga dipasang sehingga hujung Hari Raya Aidilfitri, dan dihidupkan semula semasa Hari Raya Aidiladha.

Tahun ini, bahagian atas tanglung itu seluas empat kaki persegi, dengan ketinggian 4.35 meter, dan Encik Ahmed turut menambah 100 lagi bal lampu baru pada tanglung yang cukup gah itu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan