Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persatuan Amal Dubai taja sesi berbuka puasa bagi 50 keluarga memerlukan di S'pura

Buat pertama kalinya, Persatuan Amal Dubai dari Amiriah Arab Bersatu (UAE), dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), menaja majlis iftar bagi 50 keluarga memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, Persatuan Amal Dubai dari Amiriah Arab Bersatu (UAE), dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), menaja majlis iftar bagi 50 keluarga memerlukan.

Kesemuanya seramai 300 jemaah dijamu beriftar dalam majlis yang diadakan di Masjid Yusof Ishak itu.

Setiap keluarga tersebut turut menerima habuan baucar NTUC Fairprice dan dihadiahkan sekotak kurma daripada Persatuan Amal Dubai.

Iftar istimewa itu demi membantu masyarakat Islam setempat yang memerlukan, selain usaha badan amal itu mahu mempererat rangkaian hubungan dengan institusi setempat.

ummu

(Gambar: Ummu Rabbisyfina)

Hadir menyerikan majlis ini ialah Duta UAE, Dr Mohamed Omar Abdullah Balfaqeeh dan Ketua Eksekutif MUIS Abdul Razak Maricar, serta wakil-wakil RLAF dan Kelompok Masjid Selatan.

"Dengan sumbangan daripada Persatuan Amal Dubai dan Kerjasama dengan kedutaan Arab Amiriah Bersatu di Singapura, kami dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga susah di Kelompok Masjid Selatan," kongsi Pengarah Eksekutif RLAF, Encik Zainul Abidin Ibrahim.

"Jadi Alhamdulillah, dengan jaringan ini, kami dapat lagi meluaskan keluarga-keluarga yang dapat kami sentuh untuk memperkasakan keluarga ini."

Salah seorang penerima, Sakhimah Yahya melahirkan rasa terima kasihnya kepada Persatuan Amal Dubai.

"Dengan baucar ini, saya dapat menggunakannya untuk perbelanjaan dapur untuk Hari Raya nanti." 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan