Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC FairPrice sambut Ramadan: Inisiatif kurma dan minuman percuma untuk berbuka dilanjutkan ke 40 cawangan

Para pelanggan Islam boleh mendapatkan kurma dan air minuman percuma untuk berbuka di lebih banyak pasaraya NTUC Fairprice sepanjang bulan Ramadan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC FairPrice sambut Ramadan: Inisiatif kurma dan minuman percuma untuk berbuka dilanjutkan ke 40 cawangan

Tetamu Terhormat Menteri Masagos Zulkifli (empat dari kiri) menghadiri perasmian kempen Hari Raya Aidilfitri NTUC FairPrice. (Gambar: NTUC Fairprice)

SINGAPURA: Para pelanggan Islam boleh mendapatkan kurma dan air minuman percuma untuk berbuka di lebih banyak pasaraya NTUC Fairprice sepanjang bulan Ramadan ini.

Bermula 15 hari bulan ini, 40 cawangan Fairprice akan mengagihkan kurma dan air minuman setengah jam sebelum dan selepas masuk waktu berbuka, selagi bekalan masih ada.

Ini berbanding 30 tahun lalu sejak inisiatif itu dimulakan pada 2009.

Demikian diumumkan CEO NTUC Fairprice Encik Seah Kian Peng sempena acara pengagihan habuan Raya berjumlah $15,000 kepada 300 keluarga berpendapatan rendah dari berbilang kaum.

"Kami ingin pastikan bahawa keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik juga dapat meraikan dan menikmati Hari Raya. Tidak ada orang yang patut dikecualikan daripada kegembiraan musim ini," kata Encik Seah.

Acara di Hab Tampines Kita itu diserikan dengan kehadiran Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli.

Encik Masagos, yang juga Penasihat bagi badan-badan akar umbi Tampines mengagihkan beg habuan berisi barang-barang dapur berjenama Fairprice kepada keluarga berpendapatan rendah dalam kawasan undi GRC Tampines.

Setiap keluarga pulang dengan keperluan harian seperti beras, minyak dan biskut bernilai $50.

"Tahun ini, saya bernasib baik mendapatnya. Mereka tolong kita jimatkan perbelanjaan untuk Ramadan", kata Cik Halimah Kayat, antara penerima habuan yang bersyukur dengan sumbangan tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan