Skip to main content

Iklan

Iklan

Kurma 'Date Your Loved Ones Today' mahu keluarga rapatkan ikatan sempena Ramadan demi elak dadah

Para jemaah solat Jumaat di empat buah masjid siang tadi menerima agihan paket-paket kurma simbolik yang membawa mesej 'Date Your Loved Ones Today', atau, temuilah orang-orang tersayang anda hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para jemaah solat Jumaat di empat buah masjid siang tadi menerima agihan paket-paket kurma simbolik yang membawa mesej 'Date Your Loved Ones Today', atau, temuilah orang-orang tersayang anda hari ini.

Diterajui Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) dan merupakan sebahagian daripada kempen 'Dadah itu Haram', ia ingin menggalak keluarga-keluarga supaya merapatkan lagi ikatan sempena bulan Ramadan.

Ini kerana hubungan keluarga yang kukuh dapat mencegah anak-anak daripada terjebak dalam gejala dadah.

6,000 PAKET KURMA DIAGIHKAN

Salah sebuah masjid yang terlibat dalam agihan kurma selepas solat Jumaat siang tadi adalah Masjid Khalid di Joo Chiat Road.

Sebanyak 6,000 paket kurma dibungkus oleh para sukarelawan RKM dengan pelekat 'Date Your Loved Ones Today' sebagai peringatan supaya kaum keluarga tersayang sentiasa didampingi.

Satu kajian oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) menunjukkan unit keluarga boleh mencegah para belia dari terlibat dalam jenayah dan dadah.

Turut sama turun padang membahagi-bahagikan kurma-kurma simbolik ini kepada para jemaah ialah Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin.

Beliau menyertai sekitar 20 sukarelawan dari RKM dan masjid-masjid demi menyebarkan mesej antidadah ini.

BEKAS PENGHUNI RKM KONGSI MENGAPA MAHU BANTU

Lebih menggalakkan adalah semangat yang ditunjukkan oleh para sukarelawan RKM sendiri, yang terdiri daripada para penghuninya.

Bekas penghuni RKM yang dikenali sebagai 'Yan' (bukan nama sebenar) memberitahu BERITAMediacorp bahawa dia benar-benar ingin menyumbang kembali kepada masyarakat.

"Sebab dahulu orang telah menolong saya dan sekarang saya ingin menolong orang kembali dan insya Allah sepanjang kehidupan saya, saya ingin membantu masyarakat sekali lagi," kata 'Yan'.

(Gambar-gambar: Amrin Amin/Facebook)

Kurma-kurma tersebut juga dibahagikan secara serentak di masjid-masjid Al-Abrar, Abdul Ghafoor, Bencoolen dan Jamae Chulia. Pembahagian juga dijalankan di gerai bazar RKM di Geylang Serai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan