Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen kumpul dana TAA tumpu kepada platform online

Strategi itu diambil memandangkan kempen mengumpul dana tahun ini dijangka lebih mencabar lagi.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Jawatankuasa Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan menumpukan kempen kutipan dana amal Aidilfitri tahun ini di platform online selain daripada strategi tradisi iaitu melalui tabung-tabung amal di sekitar Geylang.

Strategi itu diambil memandangkan kempen mengumpul dana tahun ini dijangka lebih mencabar lagi.

Menurut TAA, jumlah penerima bantuan yang sudah berdaftar tahun ini bertambah 10 peratus kepada 3,300 penerima, manakala jumlah kutipan tabung amal di Geylang tahun lalu merosot lebih $22,000 berbanding tahun sebelumnya.

Lantaran itu, TAA meneroka wadah-wadah lain seperti kempen di platform online dan juga bekerjasama dengan syarikat pengendali acara untuk meletakkan lebih banyak tabung amal di bazar-bazar Ramadan merata negara.

Perkara itu diumumkan semasa majlis pelancaran kempen TAA 2018 malam ini (4 Mei).

Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Strategi pengumpulan dana yang lebih meluas itu juga mencerminkan tema kempen tahun ini iaitu 'Mensyukuri Nikmat, Menadah Rahmat'.

Ia diharap akan dapat meningkatkan sokongan masyarakat untuk terus menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Ini adalah penting kerana dengan suasana ekonomi yang meningkat, kehidupan yang harus dijalani oleh para penerima kita lebih membebankan. Jadi, kalau kita dapat memberi mereka lebih supaya kita dapat meringankan beban yang mereka lalui itu.

"Jadi, untuk mengikut aliran peningkatan kos kehidupan, kita harus memberi lebih. Tetapi kita boleh memberi lebih jikalau kita dapat sokongan daripada masyarakat, daripada penderma-penderma budiman di luar," kata Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Harmizan Abdul Hamid.

Kempen tahun ini dijalankan selama dua bulan sehingga 30 Jun.

Sasarannya untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya S$850,000 seperti menerusi surat rayuan dan kotak-kotak derma.

Dua talian Telepoll juga disediakan untuk memudahkan orang menyumbang kepada usaha murni itu.

Nombornya ialah:

1900 112 9010 ($10)
1900 112 9050 ($50)  

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan