Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Halimah: Mesej keharmonian boleh disebar luas di merata negara

Mesej keharmonian yang disebarkan oleh Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah boleh disebar luaskan di masjid-masjid lain di merata negara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mesej keharmonian yang disebarkan oleh Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah boleh disebar luaskan di masjid-masjid lain di merata negara.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian di majlis iftar bersama masyarakat berbilang kaum dan agama di Pusat Harmoni malam ini (23 Mei).

Beliau juga menyeru agar rakyat berusaha untuk memperbaiki hubungan serta mempertingkat dialog antara agama.

Masjid An-Nahdhah menerima kunjungan Presiden Halimah Yacob bersama para wakil pelbagai pertubuhan dan agama untuk menyertai majlis iftar bersama jemaah masjid.

Sempena lawatannya ini beliau sempat meluangkan masa untuk mengunjungi Pusat Harmoni, yang dibuka pada 2007 dalam usaha membina jambatan setiakawan antara masyarakat Islam dengan para penganut agama lain.

Sambil menjamu juadah berbuka para peserta yang turut terdiri daripada pemimpin Gereja Zion Bishan Bible-Presbyterian, berpeluang berinteraksi, sekaligus mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Acara berbuka bersama itu meski ringkas tetapi penuh bermakna, mempamerkan keharmonian dan kesefahaman antara kaum dan agama di sini.

"Mungkin satu cara juga yang boleh kita menguar-uarkan, meluaskan mesejnya, bukan saja di Pusat Harmoni, mungkin boleh juga dibawa mesej yang sama di semua masjid yang ada di Singapura. Kita mempunyai lebih daripada 60 masjid di Singapura.

"Kalau mesej yang sama dapat dibawakan kepada masjid-masjid yang lain, saya rasa lebih baik juga kerana mesejnya boleh disebarkan dengan lebih luas," kongsi Puan Halimah. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan