Skip to main content

Iklan

Iklan

Burj Khalifa hiasi latar langit sempena bulan Ramadan, papar 99 nama Allah

Bangunan ikonik Burj Khalifa menghiasi latar langit Dubai dengan indah bagi meraikan salah satu ‘perayaan’ terpenting dalam masyarakat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Burj Khalifa hiasi latar langit sempena bulan Ramadan, papar 99 nama Allah

(Gambar: Twitter/@BurjKhalifa)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 01:45AM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 01:52AM

DUBAI: Bangunan ikonik Burj Khalifa menghiasi latar langit Dubai dengan indah bagi meraikan salah satu ‘perayaan’ terpenting dalam masyarakat tersebut.

Bukan atas sebab kejayaan atau pencapaian cemerlang Dubai, tetapi untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, dalam petikan laporan Gulf News, pertunjukan lampu LED tahun ini dipilih dengan penuh teliti daripada beratus-ratus penyertaan.

Menurut pihak penganjur, pertunjukan pertama itu menyambut nilai kerohanian bulan Ramadan dengan memaparkan kerja-kerja yang memberi inspirasi, hasil pelukis Art Noor yang berpangkalan di Amiriah Arab Bersatu.

Yang menariknya, Gulf News melaporkan Noor mendapat ilham daripada 99 nama Allah, dan mengambil masa 15 tahun untuk menyelesaikannya. Pertunjukan itu bermula pada jam 7.45 malam.

Antara nama-nama yang ditayangkan termasuk:

- Al Rahman; Yang Maha Pengasih
- Al Rahim; Yang Maha Penyayang
- Al Malik; Yang Maha Merajai
- Al Qudoos; Yang Maha Suci
- Al Salam; Yang Maha Memberi Kesejahteraan

Pertunjukan lampu seterusnya, menurut Gulf News, dijadualkan memaparkan kerja-kerja Freelusion, sebuah agensi yang berpangkalan di Budapest, Hungary, yang pakar dalam pertunjukan pada bangunan dan kandungan 3D. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan