Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bilik hotel di Makkah habis ditempah bagi 10 malam terakhir Ramadan

Bagi anda yang mahu melakukan umrah saat-saat akhir, anda mungkin tidak akan mendapat bilik hotel di kawasan utama.

Anggaran Waktu Membaca:
Bilik hotel di Makkah habis ditempah bagi 10 malam terakhir Ramadan

Masjidil Haram di Makkah. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 22 May 2018 10:52PM Dikemas Kini : 22 May 2018 11:07PM

MAKKAH: Bagi anda yang mahu melakukan umrah saat-saat akhir, anda mungkin tidak akan mendapat bilik hotel di kawasan utama. Bilik-bilik hotel di kawasan pusat di sekitar Masjidil Haram sudah habis ditempah bagi 10 malam terakhir bulan Ramadan, menurut laporan Saudi Gazette sambil menukil sumber-sumber industri.

Menurut sumber itu lagi, dari 162,000 bilik di kawasan pusat itu, 155,000 bilik ditempah dengan bayaran pendahuluan.

Encik Riza Shalabi, pengarah tempahan dan pemasaran dalam sebuah hotel di kawasan berkenaan, mendedahkan bahawa kesemua 810 bilik di hotelnya habis ditempah.

Beliau selanjutnya memberitahu Saudi Gazette bahawa harga bagi setiap bilik temasuk jamuan iftar adalah antara 1,950 hingga 2,500 Riyal Saudi (S$700-S$900) bagi 10 hari pertama bulan Ramadan.

Namun, tambah beliau, harga bagi bilik untuk dua orang termasuk jamuan iftar bagi 10 hari terakhir Ramadan, mencecah 28,000 Riyal Saudi (S$10,000). "Bilik-bilik dan suit ditempah tiga bulan sebelum bermula Ramadan. Kami menjangkakan ramai peniaga daripada kerajaan (Saudi)dan luar negara untuk melakukan ibadah umrah semasa 10 hari terakhir bulan suci ini," katanya lagi.

Encik Abdullah Al-Zahrani, seorang kakitangan tempahan dan pemasaran dalam sebuah lagi hotel, memberitahu Saudi Gazette bahawa sekitar 98 peratus biliknya habis ditempah berbanding tempoh yang sama pada tahun yang lalu di mana hanya 90 peratus bilik ditempah.

Namun, semua bilik di hotel tersebut habis ditempah pada 10 hari terakhir bulan Ramadan pada harga antara 25,000 (S$8,900) hingga 42,000 Riyal Saudi (S$15,000).

Terdapat 947 apartmen dan hotel di Makkah dengan lebih 162,000 bilik untuk menempatkan para jemaah dan pelancong.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan