Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar Raya Utara lebih selesa, lengkap berhawa dingin!

Jika anda ke Bazar Raya Utara (BRU) tahun ini, pengalaman membeli-belah pasti lebih selesa kerana ruangnya kini lengkap berhawa dingin!

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2018 08:47PM Dikemas Kini : 20 May 2018 12:39AM

SINGAPURA: Jika anda ke Bazar Raya Utara (BRU) tahun ini, pengalaman membeli-belah pasti lebih selesa kerana ruangnya kini lengkap berhawa dingin!

Malah, anda juga mungkin akan rambang mata dengan pelbagai tawaran menjelang lebaran oleh 80 gerai - iaitu bilangan yang tertinggi sejak bazar tersebut dimulakan pada tahun 2002.

Bertempat di tanah lapang bersebelahan Pusat Daerah Woodlands, bazar ini dianjurkan Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Amrin Amin, yang juga penasihat GRC Sembawang.

Para penasihat lain turut hadir untuk melancarkan bazar itu.

Mereka termasuk Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dan Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.

BRU menjadi tumpuan para penduduk kawasan utara kala bulan Ramadan.

Maka itu, demi memastikan bazar ini terus dekat di hati para pengunjung, ia diberi suntikan nafas baru - dari persiapan keperluan lebaran hinggalah pengendalian program.

Misalnya, dengan mempamerkan label-label pakaian terkenal seperti Ayu Apparels, Lidya Couture dan Jakel.

Dilengkapi pula dengan penjualan makanan tradisional kesukaan ramai di samping makanan 'hipster' yang popular, ia diharapkan dapat memikat lebih ramai pengunjung dari setiap golongan usia.

"Kita memasyarakatkan lagi, kita membuatkannya lebih relevan dengan mengadakan kedai-kedai yang menarik, kedai-kedai yang menambat hati orang muda," kata Encik Amrin.

"Ini adalah asas atau teras apa yang kita lakukan selama ini iaitu kita membuat perubahan tetapi kita tidak lupa tentang tradisi kita, tentang budaya kita, tentang apa yang membuat kita berkembang selama ini," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan