Skip to main content

Iklan

Iklan

Bazar Raya Hab Tampines tawar aneka produk antarabangsa

Penduduk sebelah timur negara pula boleh menjangkakan bazar berbilang budaya di Hab Tampines Kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2018 09:24PM Dikemas Kini : 21 May 2018 04:51PM

SINGAPURA: Penduduk sebelah timur negara pula boleh menjangkakan bazar berbilang budaya di Hab Tampines Kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Dianjurkan buat tahun kedua kini, bazar tersebut bertujuan memupuk semangat masyarakat yang menyeluruh, bersepadu dan bertenaga menerusi gerai-gerai antarabangsa, persembahan serta penglibatan masyarakat akar umbi.

Terdapat lebih 150 gerai di bazar ini termasuk perwakilan dari India, Morocco, Sepanyol, Pakistan dan Uzbekistan.

Bazar Hari Raya di Hab Tampines Kita dirasmikan Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Acara ini turut disertai para penasihat Pertubuhan-pertubuhan Akar Umbi.

Dalam ucapannya, Encik Heng berjanji bazar itu akan menjadi sebuah tempat di mana keluarga, jiran dan rakan boleh datang bersama untuk berinteraksi.

Sumber : CNA/FZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan