Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar Ramadan 'The Royal Raya' tawar kesegaran, dengan lebih 4,000 produk eksklusif di Geylang

Kemunculan sebuah 'bazar Raya' bersuasana mewah menyuntik satu lagi faktor kesegaran ke dalam kawasan Geylang Serai pada musim Ramadan ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kemunculan sebuah 'bazar Raya' bersuasana mewah menyuntik satu lagi faktor kesegaran ke dalam kawasan Geylang Serai pada musim Ramadan ini.

Ini termasuklah menawarkan jenama seperti Jovian Mandagie.

Bertempat di OneKM Mall, 'The Royal Raya' menjanjikan pengalaman membeli-belah yang selesa dan tanpa tunai dengan himpunan lebih 4,000 produk eksklusif dari dalam serta luar negara.

ANTARA KEISTIMEWAAN YANG DITAWARKAN THE ROYAL RAYA

Jika anda mahu masih mahu ke Geylang Serai, tetapi mahukan kelainan dan eksklusiviti untuk lebaran tahun ini, bazar The Royal Raya mungkin dapat memenuhinya.

Sebut sahaja pakaian, aksesori, kelengkapan rumah atau gaya hidup, bazar anjuran MODESTyle dengan kerjasama Aladdin Street itu menawarkan pelbagai koleksi eksklusif dari jenama-jenama terkenal rantau ini seperti Azhar Zainal dan Shals, selain Jovian Mandagie.

Terletak di luar dan dalam OneKM Mall, bazar tersebut menonjolkan tema Nusantara dengan konsep ala gedung serbaneka dan amalan kaedah teknologi.

Para pembeli boleh membuat bayaran tanpa tunai ketika berbelanja manakala para penjual pula dapat menjejak inventori menerusi sistem tempat jualan bersepadu (POS).

Editor pemasaran digital MODESTyle, Cik Fatin Khan berkata, pihaknya sudahpun membuat kajian tentang apa yang para pengunjung inginkan.

"Dengan aktiviti-aktiviti yang kita adakan, kita mahu menaikkan (bilangan) pengunjung dan mengubah fikiran mereka bahawa Geylang masih boleh dikunjungi untuk membeli-belah pada bulan Ramadan ini," kata Cik Fatin.

MODESTyle, yang merupakan sebuah hab e-dagang bagi pakaian sopan tempatan, merupakan antara lima penganjur bazar Ramadan di Geylang Serai tahun ini.

Selebriti tempatan, Shenty Feliziana, yang turut berperanan selaku penyelaras projek The Royal Raya, berkongsi bahawa bazar tersebut bertemakan Nusantara:

"The Royal Raya mengetengahkan lagi produk-produk barangan yang mungkin berkualiti dan cukup popular daripada 'celebpreneur' atau usahawan selebriti dari artis Malaysia, Singapura ke Indonesia."

Malah, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan 15 selebriti tanah air dan luar negara yang bakal beraksi di pentas pada setiap hujung minggu.

Selebriti undangan bagi The Royal Raya, Wahyu Rahman berkata: "Saya telah dijemput untuk berkongsi tips-tips bagaimana menggayakan koleksi-koleksi seharian dan menjadikan ia satu gaya Raya."

Bagi menyemarakkan lagi suasana membeli-belah, pengunjung juga akan dihiburkan dengan barisan persembahan berbilang budaya seperti tarian dan silat.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan