Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Amrin Amin nyanyi 'macam' Hail Amir, ‘lompat’ ala Bujang Lapok dalam video Hari Raya

Setiap kali menjelang Aidilfitri, Anggota Parlimen muda ini akan memuat naik video Hari Raya yang bukan biasa-biasa.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Setiap kali menjelang Aidilfitri, Anggota Parlimen muda ini akan memuat naik video Hari Raya yang bukan biasa-biasa.

Itulah antara kelainan yang diperkenalkan Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Amrin Amin, sejak menjadi AP.

Tahun ini, sekali lagi video Hari Raya yang mempunyai kemunculan istimewa beliau tidak mengecewakan. Ini kerana beliau siap 'berjoget' dan 'menyanyi' lagu Hari Raya!

Menerusi laman Facebooknya hari ini (13 Jun), Encik Amrin yang merupakan AP GRC Sembawang, memuat naik video sempena Syawal oleh kumpulan seni tari kawakan tempatan, Sriwana.

Video muzik itu mengajak para penonton mengimbau kenangan Jalan Ampas.

Sebaik lagu popular Seloka Hari Raya dendangan asal Uji Rashid dan Hail Amir bermula, beberapa anggota Sriwana dilihat seolah-olah sedang saling kunjung-mengunjung di sana.

Apa yang berlaku seterusnya pasti mencuit hati, apabila muncul kelibat Encik Amrin, bersama dua anggota Sriwana.

Mereka tampil 'menari' dengan gaya dan gelagat si Bujang Lapok, dengan Encik Amrin dan dua 'rakannya' itu berlompat ala-ala Ramli, Sudin dan Ajis.

Encik Amrin yang segak berbaju Melayu kuning, bersamping songket biru dan bersongkok tinggi itu kemudian turut 'menyanyikan' sebaris bait lagu Seloka Hari Raya yang 'serupa' dengan Hail Amir.

Encik Amrin memang diketahui sebagai salah seorang AP yang 'sporting' melibatkan diri dalam penghasilan video-video kreatif dan yang paling rajin membuat catatan Facebook.

Malah Hari Raya Aidilfitri bukanlah satu-satu perayaan di mana beliau memuat naik video. Encik Amrin juga pernah menghasilkan video ucapan sempena perayaan-perayaan lain seperti Deepavali dan Tahun Baru Cina. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan