Skip to main content

Iklan

Iklan

Agihan 150 pek ayam KFC sempena projek amal "Radio Gives Back" dengan tema Ramadan

Sebanyak 150 pek hidangan dua keping ayam KFC diagih-agihkan sempena projek amal "Radio Gives Back" Mediacorp Cares dan KFC pada Rabu (23 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Agihan 150 pek ayam KFC sempena projek amal "Radio Gives Back" dengan tema Ramadan

Penyiar dan penerbit eksekutif Warna 94.2FM, Faridah Onn mengagih-agihkan sebanyak 150 pek hidangan dua keping ayam KFC. (Gambar: Warna 94.2FM/Facebook)

SINGAPURA: Sebanyak 150 pek hidangan dua keping ayam KFC diagih-agihkan sempena projek amal "Radio Gives Back" Mediacorp Cares dan KFC pada Rabu (23 Mei).

Usaha murni itu turut membawa tema "Bangkitkan Semangat Ramadan Bersama" dengan kehadiran segenap lapisan masyarakat.

Projek amal yang diadakan di Kelab Masyarakat Macpherson itu dikendalikan oleh penyiar dan penerbit eksekutif Warna 94.2FM, Faridah Onn.

"Dalam bulan Ramadan ini, marilah kita bangkitkan semangat memberi.

"Warna dan Ria berbesar hati dapat bersama-sama dengan 'Radio Gives Back'. Mediacorp dan KFC ingin berkongsi nikmat Ramadan ini bersama pendengar-pendengar kami," kata penyiar Faridah Onn.

Orang ramai juga boleh menyertai projek amal “Radio Gives Back” dengan menempah pek “KFC Sharing Feast” yang berharga $33.90 untuk sajian berbuka.

Bagi setiap pek yang dijual, $3 akan didermakan bagi membantu kanak-kanak dari keluarga yang memerlukan.

Tempahan “KFC Sharing Feast" hanya boleh dibuat menerusi KFC Delivery dari 25 hingga 31 Mei.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan