Skip to main content

Iklan

Iklan

15,000 pakaian, kelengkapan Hari Raya diagih kepada keluarga memerlukan di Tampines

Hari Raya datang awal bagi 127 keluarga berpendapatan rendah di GRC Tampines.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hari Raya datang awal bagi 127 keluarga berpendapatan rendah di GRC Tampines.

Hujung minggu ini, mereka menerima pakaian baru dan kelengkapan Hari Raya yang didermakan warga Muslim dan syarikat-syarikat setempat.

Usaha ini sebahagian daripada Projek Ihsan, yang diadakan buat tahun kedua.

15,000 PAKAIAN, KELENGKAPAN HARI RAYA DIAGIHKAN

Baju kurung, selendang, beg tangan, kasut, songkok dan kain samping adalah antara 15,000 pakaian dan kelengkapan Hari Raya yang diagihkan di Kelab Masyarakat Tampines West hujung minggu ini kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan memerlukan sempena Projek Ihsan.

Sumbangan daripada masyarakat begitu memberangsangkan dengan para penerima dapat memilih sehingga 10 pasang pakaian dan 15 helai selendang.

Penerima bantuan kali pertama Cik Faridah Widiastuti menyuarakan rasa terujanya: "Saya sangat gembira, sangat membantu keluarga saya dengan anak-anak saya, macam hari raya ini kita senanglah sedikit, sebab ada bantuan ini kan."

Cik Faridah adalah antara 127 keluarga penerima kebajikan dari Masjid Darul Ghufran, Pertapis, Rumah Tumpangan Jamiyah, serta Kelab-kelab Masyarakat GRC Tampines.

KERJA-KERJA BUNGKUS PAKAIAN BERMULA LIMA MINGGU LALU

Kerja-kerja membungkus pakaian dan kelengkapan Hari Raya dimulakan sekitar lima minggu lalu sejak sumbangan penderma dikumpulkan pada hujung bulan Mac.

Penganjur Projek Ihsan, Encik Ramlan Dollah berkata: "Dengan tidak kena bayaran, lumayan kan, jadi dapat meringankan perbelanjaan mereka. mungkin tiap-tiap tahun kalau projek ini dipanjangkan. Meringankan beban mereka, itulah matlamat kita."

"Alhamdulillah, saya nampak ramai yang betul-betul suka datang untuk mengambil baju-baju ini, yang telah disediakan secara seperti macam pusat beli-belah, dengan dalam plastik sekali," tambahnya.

MASAGOS: BERIKAN DENGAN RASA TERHORMAT

Semangat menyambut Lebaran turut disemarakkan dengan kehadiran Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Anggota Parlimen GRC Tampines Masagos Zulkifli.

(Gambar-gambar: Ira Musfirah)

"Saya fikir yang baik adalah mereka tidak hanya membuang barang-barang atau pakaian yang mereka beli, jadi daripada mereka hanya menyimpannya atau membuangnya, lebih baik mereka memberikan kepada mereka yang memerlukan kerana barang-barang yang mereka berikan kepada kami masih lagi baik dan utuh, dan hanya perlu dilipat, dibungkus dengan kemas, menjadikan sesuatu yang kami dapat berikan dengan rasa terhormat," jelas Encik Masagos.

Yang jelas, dengan suntikan semangat baru ini, lebih ramai keluarga memerlukan dapat sama-sama meraikan Lebaran dengan meriah dan bergaya.

Projek Ihsan dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Tampines Central dan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Tampines West. 

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan