Warga Mosul sambut Aidilfitri pertama tanpa ISIS sejak 2014
Bagaimanapun, beliau menjangkakan pertempuran di bandar itu akan tamat dalam beberapa hari lagi.
MOSUL: Para penduduk Mosul bersukacita. Ini adalah tahun pertama mereka merayakan Hari Raya tanpa ISIS selepas kumpulan militan berkenaan diusir dari kota di Iraq ini.
Para penduduk juga berharap pertempuran untuk merampas semula baki bandar itu daripada ISIS akan segera berakhir.
Kanak-kanak berkumpul di dataran di bahagian timur Mosul. Beberapa bermain di buaian lama dan ada bermain dengan senapang mainan yang hanya dibenarkan ISIS sejak mengambil alih Mosul pada Jun 2014.
Namun, sambutan Hari Raya kali ini juga membawa kesedihan dengan musnahnya menara Masjid Besar al-Nuri dan masjid itu sendiri.
Ia diletupkan ISIS pada Rabu (21 Jun) dan timbul kebimbangan adanya ribuan penduduk awam yang terperangkap di Bandar Lama Mosul barat yang masih dikawal ISIS.
"Ini bukan benar-benar Aidilfitri sehingga kami dapat pulang ke rumah," kata seorang lelaki berusia 60 tahun, yang terpaksa meninggalkan kampung halamannya di seberang Tigris di mana pertempuran masih berlaku.
Lebih 50,000 warga awam atau sekitar setengah penduduk bandar lama di Mosul tetap berada di bawah ISIS.
Mereka terperangkap dengan sedikit bekalan makanan, air, atau ubat-ubatan, yang mereka bawa ketika melarikan diri.
"Aidilfitri ini tidak sama," kata seorang lelaki yang enggan memberikan namanya kerana takut jika dikesan pihak ISIS.
Sekitar 350 pejuang ISIS, kebanyakan mereka bukan warga Iraq, masih mempertahankan baki kubu mereka di Bandar Lama Mosul, kata seorang jeneral Iraq.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan pertempuran di bandar itu akan tamat dalam beberapa hari lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.