Ramadan & Syawal 2017

Images
  • yaacob (2)
    Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim (kiri) berinteraksi dengan para tetamu Majlis Perjumpaan Hari Raya.

Terkini: Rangkaian asatizah dan kumpulan belia ditubuhkan bagi tangani ideologi radikal

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim malam ini (7 Jul) mengumumkan penubuhan sebuah rangkaian asatizah dan kumpulan-kumpulan belia.

Rangkaian tersebut bertujuan menangani ideologi radikal dan fahaman pelampau, terutamanya di media sosial.

Dalam ucapannya semasa Majlis Perjumpaan Hari Raya yang berlangsung malam ini, Dr Yaacob mendedahkan kumpulan di bawah MUIS itu kini dianggotai 11 asatizah muda.

11 asatizah itu ialah:
1. Ustaz Muhd Fakhrur Radzi Mohd Noor (Pegawai Agama Masjid, Masjid Al-Mukminin)
2. Ustaz Muhammad Imran Othman (Pegawai Agama Masjid, Masjid Al-Ansar)
3. Ustazah Zhahirah Mohammad Saleh (Eksekutif PERGAS)
4. Ustazah Rohana Ithnin (Naib Mudir Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah)
5. Ustaz Muhammad Syazwan El Rani Mohammad (Eksekutif Darul Arqam)
6. Ustaz Muhammad Fadhlullah Daud (Eksekutif Kanan Darul Arqam)
7. Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid (CEO Safinah)
8. Ustaz Md Khalid Md Rafi (Pegawai Agama Masjid, Masjid Muhajirin)
9. Ustaz Anwar Hussain Ismail Ghaney (Pegawai Agama Masjid, Masjid Khalid)
10. Ustaz Ahmad Faritz Mohamed Khairudin (Pegawai Agama Masjid, Masjid Darussalam)
11. Ustaz Ridhwan Mohd Basor (Pengurus Pejabat Mufti, Muis)

Para asatizah tersebut tambah Dr Yaacob, akan dilatih dalam bidang kaunseling belia, usaha membanteras fahaman radikal dan meningkatkan kehadiran mereka dalam media sosial untuk menawarkan sokongan dan bimbingan kepada para belia.

Rangkaian itu kata Dr Yaacob merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan masyarakat Islam Singapura untuk memastikan keselamatan dan keharmonian sosial di negara ini.

Asatizah-asatizah tersebut termasuk guru agama di masjid dan juga penyedia pendidikan Islam privet.

Mereka akan menyediakan ruang yang selamat untuk golongan muda dan keluarga mereka membincangkan isu-isu dan mendapatkan nasihat agama mengenai perkara-perkara rumit.

Ia tambah beliau langkah penting dalam usaha menambat hati dan minda golongan belia kita, bagi melindungi mereka daripada fahaman pelampau dan membincangkan secara terbuka isu berhubung pengaruh ideologi radikal.

Dengan sokongan masyarakat dan asatizah, rangkaian itu diharap dapat dijadikan sumber rujukan bagi mereka selesa mendapatkan nasihat atau kaunseling daripada asatizah bertauliah di bawah ARS.

Rangkaian itu juga melengkapi kerja-kerja RRG, yang kepakarannya akan membantu kes-kes lebih serius. 

- BERITAMediacorp/ru

Top