Takbir Raya bahasa isyarat diperkenalkan bagi bantu golongan kurang daya pendengaran
Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) memperkenalkan cara yang murni dalam membantu mereka yang kurang daya pendengaran memahami takbir Hari Raya dengan versi bahasa isyarat.
NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) memperkenalkan cara yang murni dalam membantu mereka yang kurang daya pendengaran memahami takbir Hari Raya dengan versi bahasa isyarat.
Idea itu diilhamkan Usim dan beberapa persatuan termasuk Yayasan Faqeh, Persatuan Orang Pekak Negri Sembilan (Nesda), Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Prisma), Sahabat Faqeh Usim dan Daie Pekak, menurut laporan New Straits Times (NST).
Takbir itu dipimpin pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Usim, Dr Anuar Hasin yang juga johan qari Tilawah Al-Quran Negeri Perak 2017.
Turut bersama ialah Naib Canselor-Profesor Dr Musa Ahmad; Pengarah Pusat Islam Dr Khairul Anuar Mohamad; dan 30 pelajar dan peserta.
Pegawai Perhubungan Strategik Usim Mohd Zaini Othman ditukil NST sebagai berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha Usim untuk memupuk hubungan lebih erat antara pihak universiti, masyarakat kurang upaya dan orang ramai secara amnya.
Sebelum ini menurut NST, Usim memperkenalkan program serupa khusus untuk golongan kurang upaya, seperti penganjuran konsert, sesi sembahyang, khutbah Jumaat dengan bahasa isyarat dan juga memperkenalkan al Quran Braille bagi mereka yang kurang daya penglihatan.
Takbir bahasa isyarat mula ditayangkan secara rasmi di saluran YouTube Usim pada malam 1 Syawal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.