Ramadan & Syawal 2017

Images
  • MAliki

Rumah terbuka Dr Maliki meriah; jiran tetangga juga "buka rumah untuk tetamu saya"

SINGAPURA: Tradisi rumah terbuka sempena Hari Raya diteruskan pada hujung minggu ini.

Bagi Menteri Negara Kanan, Dr Mohamad Maliki Osman, para tetamunya bukan sahaja berbilang kaum dan agama, bahkan juga dari berbilang negara.

Duta asing dari ASEAN dan Timur Tengah antara mereka yang hadir untuk memeriahkan rumah terbuka Menteri Negara Kanan Ehwal Luar merangkap Pertahanan, Dr Maliki Osman.

Sambil mengeratkan hubungan, majlis ini juga memberi peluang untuk mereka merasakan suasana menyambut lebaran di negara ini.

Turut diundang - para pemimpin masyarakat, sahabat handai dan jiran tetangga serta kanak-kanak istimewa dari Darul Ihsan dan Pusat Arc,yang dijamu dengan pelbagai juadah Hari Raya.

Suasananya lebih meriah dengan jiran-jiran bersebelahan yang turut membuka pintu rumah mereka kepada tetamu.

"Apa yang mereka terpegun ialah melihat bagaimana kita merayakan Hari Raya di sini, cara kira memeriahkan seperti yang kita lihat di belakang ini, jiran tetangga saya mereka merupakan kaum Cina yang membuka rumah mereka untuk para tetamu saya untuk meraikan Hari Raya bersama," Dr Maliki memberitahu BERITAMediacorp.

"Sangat meriah dan saya sangat menikmati kerana di sinilah saatnya kita bertemu dengan handai taulan, bertemu dengan para sahabat, bertemu dengan tetangga, untuk saling maaf-memaafkan, meraikan Eid. Saya tidak rasa seperti saya merindui tempat asal saya kerana perayaannya sama di sini," kata Duta Indonesia ke Singapura, Ngurah Swajaya. 

- BERITAMediacorp/nk

Top