Persiapan Aidilfitri 6 sekeluarga terjejas selepas rumah terbakar
Persiapan enam keluarga di Kampung Padas Rancangan Sungai Manila, Sandakan menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri pada minggu depan terjejas selepas rumah mereka musnah terbakar, hari ini (18 Jun).
SANDAKAN: Persiapan enam keluarga di Kampung Padas Rancangan Sungai Manila, Sandakan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan terjejas selepas rumah mereka musnah terbakar, hari ini (18 Jun).
Kejadian tersebut menyebabkan pemilik rumah berkenaan, Mohd Khalid Abu Hassan, 35 tahun, dan lima anggota keluarganya tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran memusnahkan semua pakaian serta barangan di dalam rumah.
Turut musnah terbakar adalah sebuah lori tiga tan.
Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan Andre Andrew berkata tiga jentera bersama sembilan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 tengah hari.
Katanya anggota bomba tiba di lokasi kejadian 40 minit kemudian dan operasi memadam kebakaran rumah tidak bertingkat itu berakhir pada jam 3.53 petang.
Menurutnya tiada kecedaraan dilaporkan membabitkan penghuni rumah tersebut, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.