Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengangkutan menarik semasa 'jalan Raya' bagi keluarga yang menjadi viral ini

BERITAMediacorp menemui keluarga Encik Rashidee Rahmad, yang beraya dengan 'konvoi' eScooter. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) seperti eScooter yang semakin berleluasa, kini menjadi cara pengangkutan alternatif yang menarik bagi sesetengah keluarga lebaran ini.

BERITAMediacorp menemui keluarga Encik Rashidee Rahmad, yang beraya dengan 'konvoi' eScooter.

Foto mereka menjadi 'viral' di media sosial.

GAMBAR MENJADI VIRAL

Anda mungkin pernah melihat gambar-gambar mereka di media sosial. Atau anda sendiri mungkin pernah terserempak dengan mereka di jalanan.
Tapi siapakah gerangan keluarga yang menjadi fenomena di alam siber, Syawal ini?

Mereka sebenarnya adalah keluarga Encik Rashidee Rahmad, yang menetap di Yishun.

Seperti keluarga-keluarga yang lain, Encik Rashidee juga ada banyak rumah untuk dikunjungi Syawal ini.

Namun berbeza dengan tahun-tahun yang sudah, mereka ingin beraya dengan cara lebih menyeronokkan..

"Kita fikir "adventure", kenapa tidak? Kita ada scooter, kita teruskan. Kita dengar ada orang naik kereta, kumpulan kereta, kumpulan papan gelungsur,jadi tahun ini kita buat lain daripada yang lain," ujar beliau.

"Saya gembira, pasal dapat keluar dengan keluarga. Saya gembira naik escooter sekeluarga, dari satu stesen ke satu stesen," kata seorang anggota keluarga Encik Rashidee.

Pengembaraan mencari keseronokan sambil berlebaran ini bukan sahaja menghiburkan hati mereka sendiri, malah turut membawa keceriaan kepada ‘netizens’ juga.

DISUKAI RAMAI NETIZEN ONLINE

Ribuan yang melontarkan ‘likes’ dan kata-kata positif malah ada yang sampai turut meniru-niru gaya keluarga Encik Rashidee.

"Kami pun tak sangka. Kami pun naik escooter ini tidak ada filemkan diri kami berarak ke sini ke sana. Cuma kami tak sangka masuk di lelaman Facebook, baru kami dapat tahu yang kami ni viral. Alamak, ‘sebuah keluarga menaiki escooter untuk beraya’," kata Encik Rashidee.

Walaupun sudah menjadi ‘viral’, populariti yang dirasakan ini sedikit pun tidak merubah haluan bagi keluarga yang sanggup meneroka sejauh Changi dan Choa Chu Kang, demi mengeratkan silaturrahim di antara keluarga. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan