Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kuih amal WARNA 94.2FM & RIA 89.7FM, inisiatif 'Gift-a-Kurung' semai sifat rahmah bulan Ramadan

Sifat rahmah diteruskan dalam bulan Ramadan ini menerusi dua inisiatif yang dijalankan hari ini (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sifat rahmah diteruskan dalam bulan Ramadan ini menerusi dua inisiatif yang dijalankan hari ini (18 Jun).

Salah satunya ialah jualan kuih amal tahunan anjuran stesen WARNA 94.2FM dan RIA 89.7FM dan satu lagi inisiatif Gift-a-Kurung yang dimulakan oleh dua sahabat.

Kira-kira 500 botol kuih-muih, kek, dan kerepek disumbangkan untuk Jualan Amal Warna tahun ini yang diadakan di Bazar Raya Utara di Woodlands.

Hasil daripada jualan itu akan disalurkan kepada Projek JOY, sebuah inisiatif amal MENDAKI.

"Saya rasa ini menunjukkan kemahuan masyarakat kita untuk berkongsi keistimewaan Hari Raya ini, kemesraan, keceriaan Ramadan, Hari Raya dan berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik," kata AP GRC Sembawang Amrin Amin.

Encik Amrin yang juga Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin juga mengesa masyarakat supaya meneruskan sikap berkongsi dan murah hati di luar bulan Ramadan.

Sifat murah hati itu jelas dapat dilihat pada dua rakan, Cik Maisurah Mokhsin dan Cik Dayana Mahiuddin.

Sempena bulan Ramadan, mereka memulakan inisiatif ‘Gift-A-Kurung’ bagi membantu golongan memerlukan.

"Matlamat kami adalah untuk berikan yang terbaik dan yang tercantik untuk teman-teman kita, saudara dan saudari dalam Islam. Jadi kita jangan memberikan benda-benda yang kita tidak sukai tetapi hanya benda-benda yang kita sayang dan kita suka, kita berikan kepada mereka," Cik Dayana memberitahu BERITAMediacorp.

Projek ‘Gift-A-Kurung’ tahun ini mengagihkan pakaian raya kepada sekitar 150 keluarga yang menerima bantuan zakat MUIS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan