Skip to main content

Iklan

Iklan

Kanak-kanak 12 tahun maut cedera di kepala ketika bermain mercun

Seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun maut akibat kecederaan di kepala selepas berlaku letupan kuat ketika dia bermain mercun di Kampung Bintawa Hilir malam tadi (24 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 12 tahun maut cedera di kepala ketika bermain mercun

(Gambar: Petikan skrin dari video)

Diterbitkan : 25 Jun 2017 08:23PM Dikemas Kini : 25 Jun 2017 08:29PM

KUCHING: Seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun maut akibat kecederaan di kepala selepas berlaku letupan kuat ketika dia bermain mercun di Kampung Bintawa Hilir malam tadi (24 Jun).

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata kejadian berlaku kira-kira 12.15 malam apabila bapa kanak-kanak lelaki itu terdengar letupan kuat di luar dan mendapati anaknya itu terbaring dan tidak bernyawa.

Ketika itu, Haiqal Hakim Zolpaka, pelajar Sekolah Kebangsaan Matu Baru dikatakan bermain mercun seorang diri di luar kediaman ibu bapanya, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Orang ramai kemudian bertindak mengangkat mayat mangsa ke dalam rumah sementara menunggu polis sampai," katanya.

Abang Ahmad berkata siasatan awal polis mendapati Haiqal Hakim bermain mercun di luar rumah seorang diri sebelum itu.

"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan pada kepala si mati. Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak (Kecuaian Ibu Bapa).

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan