Ramadan & Syawal 2017

Images
  • burnt vehicles
    Kenderaan yang rentung dalam kebakaran yang berlaku dalam satu kemalangan di Pakistan. (Gambar: REUTERS/Stringer)

Angka korban tragedi letupan tangki minyak Pakistan meningkat kepada 157 orang

BAHAWALPUR: Kehadiran Syawal disambut hiba di Pakistan dengan angka kematian bagi tragedi letupan tangki minyak pada Ahad (25 Jun) meningkat kepada 157.

Ujian DNA kini sedang dijalankan pihak berkuasa untuk mengenal pasti mayat.

Dengan lebih 100 orang cedera, hospital-hospital tempatan juga dibanjiri mangsa yang mengalami kelecuran teruk.

Tragedi berlaku apabila lori tangki minyak terbalik di sebuah lebuh raya - mengakibatkan tumpahan sebanyak 40,000 liter minyak.

Ini mendorong orang ramai bergegas mengumpul petrol walaupun terdapat amaran untuk menjauhi tapak kemalangan.

Mereka kemudian mengalami kelecuran apabila lori tangki itu meletup.

Kenderaan itu terbalik akibat tayar pancit dan rokok yang dihidupkan dipercayai menyebabkan kebakaran.

Pemandu lori tangki minyak itu ditahan untuk membantu siasatan.  

- BERITAMediacorp/ru

Top