Skip to main content

Iklan

Iklan

Shanmugam lakukan lawatan muhibah ke Masjid Darul Makmur pagi tadi

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pula meluangkan masa untuk melawat Masjid Darul Makmur di Yishun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jul 2016 10:39PM Dikemas Kini : 06 Jul 2016 10:43PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pula meluangkan masa untuk melawat Masjid Darul Makmur di Yishun.

Beliau berkata sambutan Hari Raya di Singapura berbeza dari tempat-tempat lain.

Menurutnya meskipun ia satu sambutan keagamaan yang diraikan dengan penuh ketaqwaan, Encik Shanmugam menarik perhatian gabungan faktor-faktor membolehkannya menjadi satu perayaan berbilang kaum.

Beliau memberi contoh bazar di Geylang Serai di mana sebahagian besar penjual dan pengunjungnya terdiri daripada golongan bukan Islam.

Begitu juga dengan majlis iftar.
"Jika anda pergi ke majlis iftar dan masjid-masjid, anda lihat sokongan masyarakat bukan Islam juga, dan masjid-masjid mengedarkan makanan kepada masyarakat bukan Islam.

"Semua orang sudah menganggapnya sebagai sebahagian daripada kehidupan di sini- perayaan itu, berpuasa.

"Penerimaannya melebihi toleransi. Mereka benar-benar menyokong. Ia sesuatu yang indah untuk diihat, sesuatu yang agak unik," ujar beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan