Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 460 penduduk Kampong Gelam berkumpul semula sambut Raya

Sekitar 460 bekas penduduk kawasan Kampong Gelam berkumpul semula di majlis perjumpaan Hari Raya di Orchid Country Club siang tadi (24 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jul 2016 09:15PM Dikemas Kini : 25 Jul 2016 09:43PM

SINGAPURA: Sekitar 460 bekas penduduk kawasan Kampong Gelam berkumpul semula di majlis perjumpaan Hari Raya di Orchid Country Club siang tadi (24 Jul).

Majlis itu pada mulanya hendak diadakan di sebuah hotel berdekatan Kampong Gelam.

Namun memandangkan sambutannya di luar jangkaan, pihak penganjur terpaksa mencari tempat lebih besar.

Turut hadir, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli dan isteri, yang mempunyai saudara-mara yang pernah tinggal di kawasan Kampong Gelam.

Mereka yang berkumpul hari ini pernah tinggal di Bussorah Street, Baghdad Street dan Pahang Street.

Majlis perjumpaan raya itu yang keempat dan terbesar pernah diadakan bagi bekas penduduk kawasan Kampong Gelam, selepas mereka berpindah lebih 20 tahun lalu.

Pada akhir majlis, bas-bas disediakan untuk membawa mereka 'pulang' ke kampung asal. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan