Skip to main content

Iklan

Iklan

Rumah terbuka Hari Raya Taman Warisan Melayu terima kunjungan orang Amerika, Eropah

Kehadiran tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, memeriahkan lagi acara yang juga disertai para pengunjung dari luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Meskipun kita sudah hampir ke penghujung Syawal, namun sambutan lebaran nampaknya masih giat dijalankan.

Pada Sabtu (30 Julai), Taman Warisan Melayu mengadakan rumah terbuka bagi para pengunjung yang masih mahu merasakan kemeriahan suasana raya.

Dibuka sejak jam 2.00 petang ruang di sekitar kawasan Taman Warisan Melayu meriah dengan pelbagai kegiatan.

Misalnya, para pengunjung dihiburkan dengan pertunjukan kebudayaan seperti persembahan gamelan dan tarian Melayu.

Beberapa gerai raya juga dibuka sepanjang hari dengan menawarkan pelbagai kuih muih serta barangan tradisional.

Kehadiran tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, memeriahkan lagi acara yang juga disertai para pengunjung dari luar negara.

"Saya gembira juga dapat sambutan yang sangat hangat daripada pengunjung dari luar negara, sejauh Australia, Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya dan mereka suka melihat budaya kita yang penuh dengan sifat lemah lembut, cara kita menyambut Hari Raya dengan sangat meriah," kata Encik Amrin. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan