Skip to main content

Iklan

Iklan

Raja Arab Saudi janji akan bertindak keras susuli serangan

Raja Salman berkata negaranya akan bertindak dengan amat tegas terhadap pihak yang cuba mempengaruhi belia-belia Saudi supaya menjadi radikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Arab Saudi janji akan bertindak keras susuli serangan

Raja Saudi Salman bin Abdulaziz (dua dari kanan). (Gambar: AFP/SPA)

Diterbitkan : 06 Jul 2016 08:38PM Dikemas Kini : 06 Jul 2016 08:40PM

ARAB SAUDI: Raja Arab Saudi berjanji akan bertindak menyusuli tiga serangan pengebom nekad di negaranya pada Isnin (4 Julai).

Dalam ucapannya sempena Aidilfitri, yang dipercayai ditujukan kepada pelampau-pelampau, Raja Salman berkata negaranya akan bertindak dengan amat tegas terhadap pihak yang cuba mempengaruhi belia-belia Saudi supaya menjadi radikal.

Salah satu serangan pengebom nekad pada Isnin (4 Julai) berlaku di Madina berhampiran Masjid Nabawi ketika orang ramai sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa.

Empat anggota keselamatan terbunuh dan lima yang lain cedera.

Dua lagi serangan pengebom nekad berlaku di Jeddah dekat Konsulat Amerika Syarikat dan di Qatif yang ramai orang Syiah.

Pada Selasa (5 Julai), beberapa anggota keluarga Raja Arab Saudi menziarahi mangsa-mangsa yang cedera.

Tiga serangan pengebom nekad itu dipercayai memang dirancang dilakukan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab tetapi kumpulan pengganas ISIS sudah beberapa kali melakukan serangan serupa di Saudi dalam tempoh setahun lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan