Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Fatris kepada pemimpin pelbagai agama: Ayuh bersatu tentang semua bentuk pengganasan

Mufti mengajak para pemimpin pelbagai agama berganding bahu dan bersatu padu dalam usaha menentang semua bentuk pengganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2016 07:01PM Dikemas Kini : 28 Jul 2016 11:01PM

SINGAPURA: Mufti mengajak para pemimpin pelbagai agama berganding bahu dan bersatu padu dalam usaha menentang semua bentuk pengganasan.

Demikian menurut Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram dalam satu majlis jamuan teh yang diadakan semalam (27 Jul).

Dr Fatris turut menggariskan pentingnya perpaduan dalam kepelbagaian dan perbezaan.

"Dalam konteks kita di Singapura, kita harus berusaha untuk memanfaatkan kepelbagaian itu sebagai sumber kekuatan kita, menjadikan kepelbagaian itu sesuatu yang mendorong kita untuk mengukuhkan lagi barisan kita, bersama bersatu padu untuk menangkis apa sahaja elemen yang boleh menggugat keharmonian dan bersatu kita sebagai sebuah negara dan masyarakat," Ustaz Dr Fatris Bakaram memberitahu BERITAMediacorp.

Tambah Mufti lagi, kepelbagaian boleh menjadi sumber kekuatan jika dimanfaatkan pengalaman dan ilmu daripada masyarakat berbeza.

Tetapi ia juga boleh memecahbelahkan masyarakat jika setiap masyarakat membina tembok di keliling mereka dan enggan berkongsi ruang dengan masyarakat lain.

Sekitar 50 orang hadir di majlis sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Harmoni, di Masjid An-Nahdhah.

"Menyedari bahawa terdapat perbezaan sebenarnya adalah permulaan kepada persahabatan yang benar. Seperti yang saya sering kongsikan bersama para pemimpin agama yang lain, kita tidak perlu menjadi kawan kerana mempunyai persamaan dan tidak perlu bermusuhan hanya kerana kita berbeza," kata Cik Venerable Shi Chuan Guan dari Persekutuan Budda Singapura.

Para tamu juga mendengar perkembangan terkini usaha Muis dan Pusat Harmoni dalam memelihara keharmonian kaum dan agama di Singapura.

Program ceramah Abdul Aleem Siddique misalnya akan disemak bagi membolehkan lebih banyak interaksi antara belia berbilang kaum.

Ini akan memastikan golongan belia dapat membentuk rangkaian berbilang agama mereka sendiri dan meneruskan kerja-kerja mulia yang dimulakan para pemimpin terdahulu.

Perubahan itu dijangka dilaksanakan menjelang tahun depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan