Skip to main content

Iklan

Iklan

AP Amrin sertai penduduk Woodlands bersolat Aidilfitri

Beliau menyertai para penduduk Woodlands di gelanggang itu di sebelah Kelab Masyarakat ACE The Place. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sementara itu, Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin menunaikan solat Hari Raya di sebuah gelanggang bola keranjang.

Beliau menyertai para penduduk Woodlands di gelanggang itu di sebelah Kelab Masyarakat ACE The Place.

Mulai tahun depan, para jemaah berkenaan tidak lagi perlu berkumpul di sini untuk solat Aidilfitri kerana sudah ada Masjid Yusof Ishak.

"Saya sangat gembira kerana walaupun masjid belum siap, semangat itu kuat, utuh. Saya gembira. Ini adalah kali terakhir kami adakan sembahyang Hari Raya di sini kerana pada awal tahun depan, Masjid Yusof Ishak akan siap.

"Kita akan bawa ke masjid baru itu semangat gotong-royong dan semangat kerjasama dengan akar umbi dan badan-badan lain untuk terus memastikan kebajikan masyarakat Melayu/Islam kita terus terjaga," kata beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan