Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,000 penduduk Woodlands hadiri Rumah Terbuka Hari Raya AP Amrin Amin

AP GRC Sembawang Amrin Amin menjemput sekitar 2,000 penduduk Woodlands untuk memeriahkan Rumah Terbuka Gema Syawal Kelab Masyarakat Woodlands hari ini (23 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jul 2016 07:59PM Dikemas Kini : 24 Jul 2016 01:24AM

SINGAPURA: Ini mungkin acara perjumpaan Hari Raya terbesar di Singapura tahun ini, apabila Anggpta Parlimen GRC Sembawang Amrin Amin menjemput sekitar 2,000 penduduk Woodlands untuk menghadiri Rumah Terbuka Gema Syawal.

Ia dianjurkan Encik Amrin dan pertubuhan akar umbi kawasan Woodlands di Kelab Masyarakat Woodlands hari ini (23 Jul).

Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri itu turut menjemput rakan-rakan dari pelbagai agensi serta pertubuhan agama di Woodlands, dengan harapan inisiatif sedemikian dapat mempererat jalinan hubungan sesama masyarakat.

"Kami ingin menyatukan masyarakat, membawa semua lapisan masyarakat dari yang muda ke yang tua, juga yang beragama lain. Jadi kami juga telah mengundang rakan-rakan dari kuil, gereja dan sebagainya dan saya sangat gembira kerana sambutannya sungguh memberangsangkan," beliau memberutahu BERITAMediacorp.

Para hadirin dihiburkan dengan persembahan oleh bakat-bakat tempatan, seperti ‘Orkes Budi’ dan kugiran Woodlands sendiri, ‘Eight2seven’ yang para anggotanya merupakan jiran tetangga satu tingkat.

Malah, Encik Amrin tidak ketinggalan menonjolkan bakat terpendam beliau dengan menyertai kumpulan Kemudi Wilmana dan Dang Anom untuk berdikir barat.

Posted by BERITAMediacorp on  Saturday, 23 July 2016

Dalam bergembira berhari raya, golongan yang kurang berkemampuan juga tidak dilupakan dengan memberikan mereka kuih-muih Hari Raya.

Istimewanya, kuih itu dibuat sendiri oleh salah seorang penduduk GRC Sembawang, Cik Zainon Arshad, yang berkerusi roda.

Cik Zainon yang mempunyai anak yang mengalami palsi serebrum berkata keadaan beliau dan anaknya tidak menjadi penghambat bagi dirinya untuk berdikari dan meraih pendapatan sendiri.

"Saya rasa sungguh ikhlas dan berbesar hati bila dapat buat kuih untuk keluarga-keluarga yang susah, yang macam saya sendiri, kerana saya pun dari keluarga yang susah," beliau memberitahu BERITAMediacorp. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan