Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiga kali 'beraya' di hospital untuk sambut kelahiran anak

Lebaran kali ini amat bermakna bagi sepasang suami isteri, dengan kelahiran bayi lelaki pertama pada pagi Syawal. Anak pertama dan kedua mereka, yang kedua-duanya perempuan, juga dilahirkan pada pagi Hari Raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga kali 'beraya' di hospital untuk sambut kelahiran anak

Gambar hiasan. (Gambar: JOEL SAGET / AFP)

Diterbitkan : 18 Jul 2015 06:59PM Dikemas Kini : 18 Jul 2015 09:23PM

KUALA LUMPUR: Tiga tahun meraikan 1 Syawal dengan kehadiran cahaya mata baharu merupakan suatu anugerah kehidupan yang luar biasa bagi pasangan Ahmad Rushdi Rahmad dan Suhana Shukri.

Ahmad Rushdi, 38 tahun berkata lebaran kali ini, beliau cukup teruja apabila dikurniakan bayi lelaki pertama di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat (17 Julai).

"Sudah tiga tahun saya tidak berpeluang untuk menunaikan solat sunat Aidilftri seperti umat Islam yang lain kerana menemani isteri di dewan bersalin untuk menyambut kelahiran anak kami," katanya kepada Bernama hari ini.

Ahmad Rushdi berkata anak pertama dan keduanya sebelum ini iaitu Nur Danisha Fitri, 3 tahun, dan Nur Irdina Fitri, 1 tahun, juga dilahirkan pada pagi Hari Raya pertama.

"Saya amat bersyukur kerana berpeluang menemani isteri sepanjang proses kelahiran anak kami dan kali ini, seperti sebelumnya juga, isteri saya selamat melahirkan bayi yang sihat secara normal," katanya.

Sempena Aidilfitri, Ahmad Rushdi dan isteri sepakat memilih nama Muhammad Aydan Fitri sebagai nama bayi mereka.

Mereka berharap pada tahun hadapan mereka berpeluang pulang ke kampung Suhana di Sungkai, Perak bagi meraikan Aidilfitri.

Seramai 24 bayi dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 1 Syawal. Bayi pertama dilahirkan pada pukul 12.14 tengah malam Jumaat. 

Menurut jururawat yang bertugas, daripada jumlah kelahiran tersebut, 15 merupakan bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan.

Pusat Perubatan Tropicana (TMC) dalam satu kenyataan pula memaklumkan empat bayi dilahirkan di TMC pada 1 Syawal, iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan. 

Sumber : Bernama/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan