Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muzium catat kenaikan seganda dalam jumlah pengunjung semasa cuti raya

Walaupun cuti hari raya menjadikan Kuala Lumpur lengang, kawasan tumpuan pelancong tetap dibanjiri oleh mereka yang masih berada di bandar raya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Muzium catat kenaikan seganda dalam jumlah pengunjung semasa cuti raya

Gambar fail: Seorang wanita melihat patung di Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur. (Gambar: JIMIN LAI / AFP)

KUALA LUMPUR: Walaupun cuti hari raya menjadikan Kuala Lumpur lengang, kawasan tumpuan pelancong tetap dibanjiri oleh mereka yang masih berada di bandar raya itu.

Tinjuan Bernama mendapati kawasan tumpuan pelancong di ibu negara Malaysia tetap dikerumuni pengunjung dari seluruh dunia ketika warga tempatan masih menghabiskan cuti raya di kampung masing-masing.

Menurut petugas di kaunter tiket Muzium Kesenian Islam Malaysia, Wan Mohd Ridzuan, jumlah pengunjung di situ menunjukkan peningkatan ketara berbanding hari biasa.

"Sejak muzium ini dibuka semula semalam (20 Julai), kami menerima hampir 400 pengunjung, sekali ganda daripada jumlah pelawat ketika hari biasa," katanya.

Pelancong dari Colombia, Lorena Aguilera, 39 tahun, yang ditemui di situ begitu teruja dengan hasil kesenian Islam serta struktur bangunan di muzium itu.

"Saya membawa dua anak bersama dan ia cukup hebat untuk mereka melihat dan
mempelajari kesenian Islam, seni bina dan kebudayaan di bawah satu bumbung.

"Ia adalah masa terbaik untuk melawat kerana keadaan lalu lintas yang tidak
terlalu sesak," katanya.

  Muzium Kesenian Islam Malaysia itu adalah yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara, merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi dan mempamerkan
9,000 artifak.

Ia pernah menerima Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk Tarikan Pelancong Terbaik, selain tempat ke-10 anugerah Pilihan Pelancong TripAdvisor bagi muzium di seluruh dunia.

Muzium itu ditubuhkan pada Disember 1998 selaras dengan peningkatan minat terhadap kesenian Islam.

Sementara itu, menurut pelancong dari Indonesia, Setio Anggoro, 37 tahun, yang tiba di Kuala Lumpur sejak Sabtu lalu, dia melawat muzium itu kerana ia terkenal dengan hasil seni Islam yang indah.

"Muzium ini cukup menarik dan salah satu muzium kesenian Islam terbaik pernah saya lawati. Sebagai orang Islam, pameran masjid terkemuka seluruh dunia adalah paling memukau," katanya.

Selain Muzium Kesenian Islam, kawasan tumpuan pelancong di sekitar kawasan
itu adalah Taman Burung, Masjid Negara, Taman Orkid dan Taman Rama-rama.

Sumber : Bernama/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan