Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak pelarian Syria sambut Aidilfitri di sebuah taman di Istanbul

Kanak-kanak pelarian Syria menyambut Aidilfitri di sebuah taman di Istanbul. 80 kanak-kanak ini meraikan cuti lebaran bersama keluarga dalam majlis yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2015 03:43PM Dikemas Kini : 19 Jul 2015 08:45PM

ISTANBUL: Kanak-kanak pelarian Syria menyambut Aidilfitri di sebuah taman di Istanbul.

80 kanak-kanak meraikan cuti lebaran bersama keluarga dalam majlis yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan pemerintah.

Antaranya ialah Benan Khaled, dua tahun dan abangnya yang berusia lima tahun Hasan.

Meskipun jauh dari kampung halaman, mereka tetap bersyukur dapat menikmati perayaan dengan bapa mereka, Usama dan dua sepupu.

Usama Khaled berkata beliau dan keluarganya tiba dari bandar Qamishli di Syria, lebih dua tahun lalu. Anak bongsunya, Benan, dilahirkan di Turki.

Turki menjadi tuan rumah kepada hampir dua juta pelarian Syria yang dilanda perang.

Negara berjiran itu berkongsi sempadan sepanjang 910 kilometer.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan